Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki, wanita dipenjara kerana mencuri

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki dan wanita masingmasi­ng dijatuhkan hukuman penjara selama 12 dan 10 bulan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mencuri.

Abd Rahman Amat, 33, dan Farah Diba Bt Ahmad Nawawi, 37, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Afiq Agoes, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Rahman melakukan kesalahan terbabit pada 19 Ogos jam 8.55 pagi di Pasar Awam Tempatan Putatan, di sini.

Hukuman diperuntuk­kan, penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda atau keduaduany­a sekali.

Merujuk keterangan kes, pada hari kejadian pengadu menyedari bahawa dompet miliknya dibawa lari orang yang tidak dikenaliny­a.

Tertuduh berjaya ditangkap oleh orang awam sekitar pasar apabila mendengar pengadu menjerit ‘pencuri’ dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara, Farah melakukan kesalahan terbabit pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah malam di sebuah Hotel Kampung Air di sini.

Hukuman diperuntuk­kan penjara 10 tahun dan denda, atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pengadu mendaftark­an diri di sebuah Hotel pada jam 12 tengah malam dan tertuduh menawarkan diri untuk mengurutny­a.

Selepas mengurut bahagian belakang pengaduh, tertuduh tergesa-gesa mahu meninggalk­an bilik terbabit dengan alasan mengatakan bahawa hendak berjumpa dengan rakannya di bilik sebelah.

Hampir 30 minit menunggu tertuduh tidak kembali semula ke bilik, didapati beg pakaian sudah diselongka­r dan beg duit pengadu yang berisi wang tunai sebanyak RM500, dan 350 dollar Brunei sudah tiada.

Hasil daripada siasatan pihak polis dan rakaman CCTV didapati tertuduh mencuri duit milik pengadu di dalam bilik sebuah Hotel Kampung air.

Rahman dan Farah diwakili peguam Sitti Nurul Ain Sahidah Pitting meminta agar hukuman dikurangka­n atas sebab kedua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga dan memberikan kerjasamat­erhadappih­akpolis semasa siasatan dilakukan.

Pegawai Pendakwa Insp Nur Hidayah Mahzan meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap keduadua tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia