Utusan Borneo (Sabah)

Pecah amanah dan sembunyi wang, dua ibu tunggal dipenjara, denda

-

KUALA LUMPUR: Dua ibu tunggal dipenjarak­an masingmasi­ng selama enam dan lima tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan pecah amanah dan menolong menyembuny­ikan wang, tiga tahun lalu.

Hakim Syed Faisal Syed Amir menjatuhka­n hukuman itu ke atas G. Vani, 44, bekas pegawai bank dan Ristiyanti Mohd Isa, 41, bekerja sendiri selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakima­nnya, SyedFaisal­berkatamah­kamah mendapati keterangan yang diberikan kedua-dua tertuduh ketika prosiding bela diri yang diadakan serentak adalah bersifat penafian semata-mata.

Vani yang berdepan dua pertuduhan pecah amanah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 bagi pertuduhan pertama dan penjara lima tahun serta denda RM15,000 bagi pertuduhan kedua. Mahkamah memerintah­kan Vani menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara serentak bermula Jumaat dan jika dia gagal membayar denda, dia boleh dipenjara masing-masing setahun.

Ristiyanti yang dituduh menolong menyembuny­ikan wang dihukum penjara lima tahun bermula Jumaat serta denda RM20,000 serta penjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Vani didakwa sebagai seorang pegawai bank yang diamanahka­n dengan penguasaan ke atas harta telah membenarka­n pengeluara­n wang yang tidak sah sebanyak RM40,600 dan RM69,000 di Maybank Cawangan Taman Maluri, Cheras, di sini antara 8 pagi dan 5 petang, 12 Jan 2015.

Dakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Ristiyanti pula didakwa atas tuduhan dengan sengaja telah menolong menyembuny­ikan dan memindahka­n harta curi sebanyak RM69,000 yang diketahui sebagai harta curi di Bank Standard Chartered Bukit Bintang, di sini pada tarikh sama mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia