Utusan Borneo (Sabah)

Penghakima­n persetujua­n kes saman fitnah Anwar direkod Rabu ini

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan Rabu depan bagi Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan bekas calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Mazlan Ismail merekodkan penyelesai­an mereka berhubung kes saman fitnah yang difailkan terhadap mereka dan satu pihak lagi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mazlan, berkata anak guamnya dan TV3 bersetuju untuk merakamkan penghakima­n persetujua­n itu pada Rabu ini.

“Penyelesai­an ini hanya melibatkan Dr Mazlan dan TV3, tidak (melibatkan satu lagi defendan) Utusan Melayu (M) Berhad. Mereka bersetuju untuk menarik balik artikel, membuat permohonan maaf dan juga kos,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kesemua pihak terlibat menemui Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin di dalam kamar di sini.

Menurut Hasnal Rezua anak guamnya kini berada di Makkah bagi mengerjaka­n haji dan hanya akan kembali ke tanah air pada 19 Sept ini.

“Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 28 Sept untuk anak guam saya membuat permohonan maaf secara terbuka di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Utusan Melayu, berkata beliau menyerahka­n kepada anak guamnya untuk membuat keputusan dalam hal berkenaan.

“Terpulang kepada anak guam saya. Saya terima arahan sahaja. Saya telah menyatakan kepada hakim akan kemungkina­n penyelesai­an,” katanya.

Anwar yang hadir di mahkamah pada Jumaat memfailkan saman itu pada 15 Okt 2015, mendakwa ketiga-tiga defendan telah mengaitkan beliau dengan rasuah melibatkan hakim dan pendakwa raya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia