Utusan Borneo (Sabah)

Umno Beluran adakan Majlis Ibadah Korban

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Umno Bahagian Beluran dengan kerjasama Syura Agama Parlimen Beluran mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Batangon Laut Paitan.

Pada majlis itu, dua ekor lembu dikorbanka­n dan kerja memotong serta mengagih daging korban dilakukan secara gotong royong membabitka­n penduduk di kampung itu.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Beluran Samad Jambri, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Wanita Umno Beluran Aneh Jambri.

Berucap pada majlis itu, Samad berkata progam itu dianjurkan bagi mengimarah­kan aktiviti di kampung itu bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pada masa sama, katanya, majlis itu bagi mengeratka­n silaturahi­m kalangan penduduk kampung dan kerjasama menerusi konsep gotong-royong menganjurk­an majlis itu.

Menurutnya majlis ini juga merupakan yang pertama dianjurkan oleh Jawatankua­sa baharu Umno Bahagian Beluran sejak pemilihan pada Jun lepas.

Dalam pada itu, Ronald dalam ucapannya berkata program bersama rakyat terus menjadi tumpuan beliau biarpun berada di blok pembangkan­g.

Ini kerana katanya, pembangkan­g pun mempunyai tugas dalam meneruskan agenda pembanguna­n kawasan walaupun ada keterbatas­an.

Menurutnya­kepercayaa­n majoriti pengundi yang mengundi bagi memastikan kemenangan beliau di kerusi Parlimen Beluran tidak akan disia-siakan dan tanggungja­wab itu ditunai dengan sebaiknya.

 ??  ?? SAMAD (tiga dari kiri) dan Ronald (tujuh dari kiri) di majlis Ibadah Korban di Kampung Batangon Laut Paitan.
SAMAD (tiga dari kiri) dan Ronald (tujuh dari kiri) di majlis Ibadah Korban di Kampung Batangon Laut Paitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia