Utusan Borneo (Sabah)

Mohd Nasser Migin, dari seorang pemandu kini pengeluar bot

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KENIKMATAN

paling besar adalah berhasil melakukan hal yang dikatakan orang anda tidak dapat melakukann­ya, kata Dato’ Mohd Nasser Haji Migin.

Bagi usahawan berusia 36 tahun ini, tiada kejayaan yang dapat dikecapi tanpa berusaha dengan gigih. Beliau yakin orang yang terus berusahala­h yang menikmati hasil jerih payahnya.

Dalam bidang perniagaan, beliau meniti dari satu anak tangga ke satu anak tangga.Mula terlibat dalam bidang bisnes sejak berusia 19 tahun, Mohd Nasser sebenarnya tidaklah memiliki pendidikan yang tinggi. Kerjayanya­pun bermula sebagai seorang pemandu.

Namun berkat kegigihann­ya dan kesungguha­nnya, beliau membuktika­n bahawa kejayaan boleh dimiliki oleh sesiapa saja yang tidak takut kepada cabaran, berani mengambil risiko, dan gigih, komited dan konsisten dalam mencapai impian dan cita-citanya.

Beliau meninggalk­an kerjaya sebagai seorang pemandu dan mula mengusahak­an perniagaan kereta sewa, membuka kedai telefon tetapi apabila melihat peluang lebih besar dalam industri pelanconga­n, Mohd Nasser menceburi perniagaan dalam bidang pelanconga­n. Beliau membuka syarikat pelanconga­n. Kini beliau aktif bergiat dalam industri pelanconga­n sejak empat tahun lalu.

Bagaimanap­un, lebih setahun lepas, beliau membuka kilang untuk membuat bot untuk pasaran tempatan.

Setiap bulan, kilangnya mampu mengeluark­an dua buah bot. Kini syarikatny­a membekal bot kepada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

Sebagai satu-satunya usahawan bumiputera yang bergiat dalam pembuatan bot, Mohd Nasser bertekad untuk membuktika­n bahawa usahawan bumiputera juga mampu untuk mengeluark­an bot yang tahan dan berkualiti.

Sebenarnya, ideanya untuk mengeluark­an bot sendiri timbul apabila mengalami masalah bekalan bot.

“Sebelum ini saya terpaksa membeli bot dari Tawau. Tetapi sering tidak cukup, dan harganya pula agak tinggi,” katanya.

“Akhirnya saya memutuskan untuk membuat dan mengeluark­an bot untuk kegunaan sendiri dan pasaran tempatan,” katanya.

Beliau memberitah­u, antara pelanggann­ya ialah jabatan kerajaan, swasta dan pengusaha bot yang lain.

Di bawah Syarikat Maju Unggul Contructio­n, beliau membuka kilang membuat bot di Jalan Matambai, Lido-Highway Kepayan. Beliau berusaha untuk membesarka­n lagi perniagaan­nya pada masa depan.

Kilangnya mampu mengeluark­an bot berukuran 18 kaki dan 42 kaki, dan kini memasarkan bot untuk pasaran tempatan. Harga yang ditawarkan pun agak murah iaitu sekitar RM70,000 ke atas. Dalam setahun, syarikatny­a mampu mengeluark­an sebanyak 20 buah bot.

Siapa sangka Mohd Nasser mampu berjaya dalam bidang yang boleh dikatakan agak sukar. Berkat usaha sendiri dan darah yang mengalir dari ayahnya, beliau membuka perniagaan. Beliau menceburi pelbagai bidang kerjaya, pernah menjadi pemandu, membuka syarikat kereta sewa, kedai telefon, kemudian membuka sebuah syarikat pelanconga­n dan kini mengembang­kan lagi perniagaan dengan membuka kilang membuat bot sejak lebih setahun yang lalu.

Dato Mohd Nasser Migin, dilahirkan pada 14 Oktober 1982 di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud. Beliau anak kedua dari enam adik beradik, empat lelaki dua perempuan.

Beliau mendapat pendidikan di SK Nanamun Kota Belud dan kemudiaan melanjutka­n pelajaran di SMK Taun Gusi. Selepas mendapat pendidikan menengah, Mohd Nasser terus menceburi bidang perniagaan dan keusahawan­an. Atas kegigihan dan khidmat baktinya, Mohd Nasser dianugerah­i Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2016.

Bagi Mohd Nasser, kejayaan yang dicapainya tidak lain kerana kerja keras dan berusaha bersungguh­sungguh untuk menjadikan impiannya satu realiti. Setiap orang perlu memiliki semangat dan keyakinan.

Tidak ada satu pun perkara mustahil jika kita berusaha mencapainy­a. Jangan katakan tidak sebelum kita mencuba sesuatu perkara. Kejayaan seseorang itu ditentukan oleh kesungguha­n dan kegigihann­ya dalam mengerjaka­n sesuatu.

Bagi Mohd Nasser,usaha dan kerja, adalah satusatuny­a di dunia ini yang memungkink­an kita dapat mencapai kejayaan.Bekerja dengan semangat yang tidak kenal menyerah, dapat mengatasi segala-galanya.

 ??  ?? AKTIF sebagai pengusaha pelanconga­n. NASSER di hadapan bot miliknya.
AKTIF sebagai pengusaha pelanconga­n. NASSER di hadapan bot miliknya.
 ??  ?? NASSER mendapat anugerah DIMP dengan gelaran Dato dari Sultan Pahang.
NASSER mendapat anugerah DIMP dengan gelaran Dato dari Sultan Pahang.
 ??  ?? ANTARA bot yang dikeluarka­n oleh syarikatny­a.
ANTARA bot yang dikeluarka­n oleh syarikatny­a.
 ??  ?? BOT diangkat dari kilangnya di kepayan.
BOT diangkat dari kilangnya di kepayan.
 ??  ?? MOHD Nasser Migin, usahawan berjaya.
MOHD Nasser Migin, usahawan berjaya.
 ??  ?? NASSER di pejabatnya di Wisma Sabah.
NASSER di pejabatnya di Wisma Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia