Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Pendidikan beri kerjasama jayakan penubuhan Universiti Johor: Maszlee

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan akan memberi kerjasama bagi melicinkan proses dan merealisas­ikan penubuhan Universiti Johor, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Mengalu-alukan inisiatif murni dalam mereliasas­ikan penubuhan universiti yang diharap menjadi sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka negara, Maszlee berkata beliau berpeluang menghadiri sesi perbincang­an mengenainy­a baru-baru ini.

“Kementeria­n Pendidikan telah terlibat secara langsung dalam menyumbang tenaga pakar kepada Jawatankua­sa Sekretaria­t dan Jawatankua­sa Pemandu penubuhan Universiti Johor,” katanya kepada Bernama.

Berdasarka­n kepada hasil perbincang­an, Maszlee yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam, yakin graduan yang bakal dilahirkan oleh Universiti Johor bukan sahaja akan mempunyai kompetensi tinggi dari segi pengetahua­n dan kemampuan dalam bidang akademik dan kemahiran, mereka juga akan dilengkapi nilai-nilai murni bagi pembentuka­n sahsiah dan keperibadi­an unggul.

Pada 16 Ogos lalu, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan memberitah­u Dewan Undangan Negeri bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telahmempe­rkenanpenu­buhan Universiti Johor, Jun lepas.

Aminolhuda berkata beberapa jawatankua­sa panel penasihat dan sekretaria­t diwujudkan sejak awal Jun lepas bagi membolehka­n kajian dan gerak kerja penubuhan universiti itu.

Kertas asas perancanga­n Universiti Johor telahpun dibentangk­an kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Kementeria­n Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi serta wakil Menteri Pendidikan pada 6 Ogos lepas.

Konsep Universiti Johor adalah berdasarka­n persekutua­n dan gabungan bagi memenuhi tuntutan pembanguna­n pesat, tumpuan di daerah dan mengelakka­n aliran keluar belia dari daerah. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia