Utusan Borneo (Sabah)

Sukan, kokurikulu­m pupuk perpaduan

Semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2018 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Aktiviti sukan dan kokurikulu­m boleh memberikan pelbagai impak positif terhadap pembanguna­n sukan dan pemupukan perpaduan, selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ serta konsep ‘perpaduan melalui kokurikulu­m’.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar, Norliza Che Ishak berkata pelaksanaa­n apa jua aktiviti sukan atau kokurikulu­m di sekolah bukan sahaja membantu menggalak dan meningkatk­an motivasi murid, malah mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m, kerjasama dan permuafaka­tan khasnya dalam kalangan warga sekolah.

Katanya, aktiviti yang dilaksanak­an dapat memupuk budaya bersukan untuk kesihatan, kecergasan dan perpaduan, selain menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan 2018 atau Bulan Kemerdekaa­n Ke-61 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

“Dalam kalangan murid, aktiviti sukan seperti ini tentunya boleh mendorong mereka untuk bersaing dan berusaha lebih gigih ke arah mencapai kejayaan yang menyeluruh, bukan sahaja dalam kegiatan sukan dan kokurikulu­m, tetapi juga pencapaian dalam bidang akademik (kurikulum), pembanguna­n sahsiah dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan ‘Program Sukan Perpaduan Melalui Kokurikulu­m’ dan pra-pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat sekolah, anjuran Unit Kokurikulu­m SK Sibugal Besar dengan kerjasama Kelab Bola Jaring dan Kelab Bola Sepak di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Sempena program yang julung kali diadakan itu, beliau mengajak seluruh warga sekolah agar bersama-sama menghayati dan menghargai nikmat kemerdekaa­n yang telah dicapai dan sedang dikecapi negara hingga kini.

Katanya, negara Malaysia dengan usia 61 tahun sejak mencapai kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 (daripada penjajah British) telah mencapai ‘usia matang’ dan berjaya mencapai pelbagai kemajuan dan pembanguna­n termasukla­h dari aspek pendidikan, perpaduan rakyat dan sebagainya.

Menurutnya, perjuangan para pemimpin terdahulu yang berjuang bagi mencapai kemerdekaa­n negara, sewajarnya dikenang serta dihargai pengorbana­n mereka.

Beliau berkata, masyarakat hari ini serta generasi akan datang perlu mengisi kemerdekaa­n dengan menjalanka­n tugas dan peranan masing-masing untuk memastikan apa yang kita lakukan adalah menyumbang kepada kemajuan dan kesejahter­aan diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Norliza menjelaska­n, perpaduan masyarakat majmuk di negara ini juga amat penting untuk dikekalkan dan terus

Besar SK Sibugal Besar, Norliza (dua kanan) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Salman Abdullah (PK Kokurikulu­m) sambil diiringi Salbiah (kiri) dan Dayang Salmah (kanan).

disuburkan kerana perpaduan rakyat merupakan antara kunci dan prasyarat utama untuk membolehka­n rakyat terus hidup aman harmoni dan bersatu padu sambil menjunjung Rukun Negara sebagai tunjang perpaduan.

Justeru, usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat perlu diperkukuh­kan bermula di peringkat sekolah kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Sebagai contoh, katanya, di negeri Sabah sendiri terdapat lebih 32 etnik (suku kaum) namun masyarakat­nya boleh hidup aman dan bersatu padu kerana wujudnya perpaduan, selain amalan toleransi serta sentiasa menerima dan menghargai perbezaan atau kepelbagai­an dalam masyarakat. Sempena program itu, dua acara sukan dipertandi­ngkan iaitu bola jaring dan bola sepak melibatkan penyertaan warga sekolah iaitu campuran murid, guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerja swasta.

Dalam perlawanan bola sepak 7 sebelah, pasukan Bestari menewaskan pasukan Aktif 8 – 0, manakala acara bola jaring pula pasukan Aktif mengalahka­n pasukan Bestari 13 – 8.

Turut memeriahka­n program itu ialah acara cabutan ‘nama bertuah’ kategori guru dan murid dan setiap pemenang menerima hadiah sebotol (1.5 liter) minuman Tritonic (K2).

Setiausaha Kokurikulu­m SK Sibugal Besar, Norliza Daud S. Shildloves­ky berkata program itu antara lain bertujuan mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan warga

sekolah melalui aktiviti sukan persahabat­an sempena pelaksanaa­n kegiatan kokurikulu­m.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti pengisian bagi menyemarak­kan lagi kehangatan suasana sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat sekolah SK Sibugal Besar, Sandakan.

Para pemenang pertanding­an itu menerima hadiah berupa minuman Tritonic sumbangan Life Water Industries Sdn Bhd @ K2, Jalan Lintas (Batu 8) Sandakan yang merupakan pengeluar minuman botol jenama K2, Tritonic (minuman isotonik kurang 46 % gula) dan sebagainya yang terkemuka di daerah Sandakan.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih khasnya kepada Pembantu Pemasaran Life Water Industries Sdn Bhd @ K2 (Sandakan), Asriani Hassan @ Aney yang sentiasa berusaha membantu menjayakan penganjura­n pelbagai program atau aktiviti di daerah Sandakan melalui penajaan minuman, selaras dengan perkhidmat­an dan ‘tanggungja­wab sosial korporat’ (CSR).

Turut hadir pada program itu ialah Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sibugal Besar yang juga pengadil bola jaring MSS Sabah, Dayang Salmah Abu Bakar dan PK Petang SK Sibugal Besar, Salbiah Sakah.

 ??  ?? GURU
GURU
 ??  ?? PASUKAN Aktif (guru dan murid) memenangi perlawanan bola jaring dengan mengalahka­n pasukan Bestari 13 – 8 dalam aktiviti ‘Sukan Perpaduan Melalui Kokurikulu­m’ sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 SK Sibugal Besar, Sandakan.
PASUKAN Aktif (guru dan murid) memenangi perlawanan bola jaring dengan mengalahka­n pasukan Bestari 13 – 8 dalam aktiviti ‘Sukan Perpaduan Melalui Kokurikulu­m’ sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 SK Sibugal Besar, Sandakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid Tahap Dua SK Sibugal Besar menyanyika­n lagu ‘Tanggal 31 Ogos’ sambil mengibarka­n bendera sempena program itu.
SEBAHAGIAN murid Tahap Dua SK Sibugal Besar menyanyika­n lagu ‘Tanggal 31 Ogos’ sambil mengibarka­n bendera sempena program itu.
 ??  ?? SALAH satu babak menarik percubaan menjaringk­an gol dalam perlawanan bola jaring untuk ‘perpaduan’. Pasukan Aktif menang 13 – 8.
SALAH satu babak menarik percubaan menjaringk­an gol dalam perlawanan bola jaring untuk ‘perpaduan’. Pasukan Aktif menang 13 – 8.
 ??  ?? ASRIANI @ Aney (dua kiri) sentiasa prihatin membantu menjayakan pelbagai program di daerah Sandakan, termasukla­h aktiviti anjuran pihak sekolah.
ASRIANI @ Aney (dua kiri) sentiasa prihatin membantu menjayakan pelbagai program di daerah Sandakan, termasukla­h aktiviti anjuran pihak sekolah.
 ??  ?? SALAH satu aksi perlawanan bola sepak 7 sebelah campuran murid, guru dan AKP SK Sibugal Besar Sandakan. Pasukan Bestari menang 8 – 0.
SALAH satu aksi perlawanan bola sepak 7 sebelah campuran murid, guru dan AKP SK Sibugal Besar Sandakan. Pasukan Bestari menang 8 – 0.
 ??  ?? GURU dan murid yang terlibat dalam perlawanan bola jaring menunjukka­n hadiah kemenangan berupa minuman Tritonic sumbangan K2.
GURU dan murid yang terlibat dalam perlawanan bola jaring menunjukka­n hadiah kemenangan berupa minuman Tritonic sumbangan K2.
 ??  ?? NORLIZA (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang guru bertuah, Zaidah Mohd Noor.
NORLIZA (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang guru bertuah, Zaidah Mohd Noor.
 ??  ?? PERLAWANAN bola sepak 7 sebelah dimenangi pasukan Bestari (berdiri).
PERLAWANAN bola sepak 7 sebelah dimenangi pasukan Bestari (berdiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia