Utusan Borneo (Sabah)

Buat pilihan bijak: Hamidin

Kongres SAFA hari ini

-

“Sebagai seorang presiden, dia mesti memberikan komitmen tinggi dan meminati bola sepak selain mampu menggalas tanggungja­wab dengan baik. Bagaimanap­un, pada akhirnya ahli gabungan yang akan memilih dan saya harap mereka ” membuat pilihan dengan bijak. DATUK HAMIDIN MOHD AMIN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), DatukHamid­inMohdAmin, berharap Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini merupakan satu lagi proses yang akan menjadikan bola sepak negeri ini lebih maju.

Katanya, siapa pun berhak bertanding dan terpulang kepada ahli gabungan memilih calon terbaik yang dirasakan mampu menggalas tanggungja­wab dengan baik sama ada sebagai presiden atau lain-lain jawatan dalam persatuan itu.

Hamidin percaya ahli gabungan tentunya lebih tahu siapa yang lebih layak berada dalam persatuan itu terutamany­a untuk jawatan presiden.

“Sebagai seorang presiden, dia mesti memberikan komitmen tinggi dan meminati bola sepak selain mampu menggalas tanggungja­wab dengan baik. Bagaimanap­un, pada akhirnya ahli gabungan yang akan memilih dan saya harap mereka membuat pilihan dengan bijak.

“Harapan saya, manamana calon yang menang termasuk bagi jawatan presiden, dia akan dapat memajukan lagi bola sepak di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya tanpa ada kepentinga­n sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Pemilihan pada Kongres SAFA hari ini hanya untuk mengisi jawatan yang telah kosong sama disebabkan mantan penyandang­nya meletakkan jawatan atau telah meninggal dunia.

Jawatan yang telah kosong adalah presiden, dua jawatan timbalan presiden, dua naib presiden dan dua Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Jawatan presiden bakal menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu antara bekas Naib Presiden Datuk Yusoff Kasim dan bekas Setiausaha Agung Alijus Sipil.

Jawatan presiden itu kosong ekoran peletakan jawatan penyandang­nya yang juga mantan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman selepas pertukaran kerajaan pada Mei lalu.

Jawatan timbalan presiden pula menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Hamid Apdal, Datuk Rahman Zakaria, Datuk James Wong dan Fredoline Penggo.

Jawatan naib presiden menerima lapan pencalonan yang terdiri daripada Datuk Juil Nuatim, Azmeer Shamsuddin, Sallahuddi­n @ Salehuddin Anoi, Husin Rahim, Matlan Marjan, Mohd Ismail Ayub, Reggie Sua @ Hafeez dan Yahya Kasim manakala sembilan pencalonan untuk jawatan AMT iaitu Rezuan Ismail, Rafie Robert, Mohd Noh Mohd Adzlie, Pebe Antahar, Harun Durabi, Fadli Juanas, Datuk Razak Sulaiman, Jackson Taguah dan Noorzain Tawi.

 ?? Oleh VITALIS G. BINGKASAN ??
Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia