Utusan Borneo (Sabah)

73 pemain sertai Siri 3 Tenis Junior STA

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Seramai 75 pemain junior mengambil bahagian pada Siri Ketiga Pertanding­an Tenis Junior Persatuan Tenis Sabah (STA) di Sutera Harbour Resort, penghujung minggu ini.

Presiden STA, Johnson Koh berkata, pertanding­an yang dijangkaba­kalmengete­ngahkan beberapa pemain berpotensi itu adalah salah satu landasan memilih pemain untuk pasukan tenis Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah.

“Antarapema­inyangdija­ngka mencuri tumpuan adalah Harish John Manoharan dari Sandakan yang akan bertanding dalam kategori utama lelaki 16 tahun ke bawah,” kata Johnson sambil memberitah­u bahawa beberapa kategori akan dipertandi­ngkan.

Pemain lain yang dijangka menjadi tumpuan adalah dua pemain dari sini iaitu Gai Ueno Dares yang bertanding dalam kategori lelaki 14 tahun ke bawah dan Samuel Guansing dalam kategori lelaki 10 tahun ke bawah.

“Kebetulan kategori lelaki 10 tahun ke bawah adalah yang paling banyak menerima penyertaan iaitu sebanyak 18 pemain.

“Ia satu perkembang­an yang baik apabila kita ada pemain yang menceburi sukan ini secara serius pada usia muda,” kata Johnson dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.

Samuel dijanga akan dsainggi Jedidiah Kwan dan Isa Ueno dalam kategori 10 tahun ke bawah.

Johnson berterima kasih kepada para jurulatih terutamany­a Tito Latoja dan Shamsuddin Mustamin yang memainkan peranan utama menjayakan pertanding­an itu.

 ??  ?? PEGAWAI dan pemain yang mengambil bahagian pada Siri Ketiga Pertanding­an Tenis Junior STA di Sutera Harbour Resort, penghujung minggu ini.
PEGAWAI dan pemain yang mengambil bahagian pada Siri Ketiga Pertanding­an Tenis Junior STA di Sutera Harbour Resort, penghujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia