Utusan Borneo (Sabah)

Ancelotti berdepan Milan sebagai jurulatih Napoli

-

MILAN, Itali: Carlo Ancelotti bakal berdepan penampilan sulung penuh emosi di tempat sendiri sebagai jurulatih Napoli apabila menentang bekas kelabnya, AC Milan hari ini sementara Cristiano Ronaldo bermain perlawanan pertama beliau di Stadium Juventus pada perlawanan kedua Serie A Itali.

Ancelotti menghabisk­an kebanyakan kariernya di AC Milan di mana beliau memenangi tiga kejuaraan Serie A dan empat kejuaraan Eropah sebagai pemain dan jurulatih.

Kali terakhir beliau menjadi jurulatih di Itali – sebelum sembilan tahun penuh kejuaraan sebagai jurulatih di Chelsea, Paris Saint Germain (PSG), Real Madrid dan Bayern Munich – adalah di Milan.

Ia adalah pertemuan rakan lama dengan Milan dibimbing Gennaro Gattuso dan dibantu Paolo Maldini, yang pernah bekerjasam­a dengan Ancelotti ketika memenangi kejuaraan terakhir Liga Juara-Juara kelab pada 2007.

“Ia menarik untuk bertemu dengan rakan baik yang mengimbauk­embalikena­ngan bersamaand­a,”kataAncelo­tti, yang mengakui kerinduan kampung halaman memujuk beliau untuk kembali ke Itali.

“Pertama sekali dan yang paling penting ialah saya mahu kembali ke Itali dan bercakap bahasa Itali sekali lagi. Yang kedua, saya berasa yakin dengan projek kelab (Napoli),” kata Ancelotti.

“Saya berharap dengan pengalaman saya dan membantu mereka untuk mengambil langkah terakhir (muncul juara).”

Napoli mempunyai peluang terbaik memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak 1990 pada musim lepas tetapi hilang konsisten di akhir musim.

Kali terakhir Ancelotti menentang Milan sebagai jurulatih ialah 17 tahun yang lalu ketika beliau menjadi jurulatih Juventus.

Perlawanan itu berkesudah­an dengan Juventus menang 3-0 dengan rekod beliau menentang Milan kekal empat kemenangan, tiga seri dan dua kalah.

Sejak beliau meninggalk­an San Siro pada 2009, Milan hanya menang satu kejuaraan Serie A pada 2011 di bawah jurulatih semasa Juventus, Massimilia­no Allegri.

Tetapi dengan dibimbing Gattuso dan dibantu dua legenda kelab, Leonardo dan Maldini, kelab memburu kebangkita­n dan walaupun dengan masalah kewangan, untuk memulakan babak baharu mereka.

Ancelotti tahu apa yang bakal dijangkaka­n dari Milan, di mana perlawanan pertama mereka menentang Genoa ditangguhk­an kerana tragedi runtuhan jambatan di bandar raya Genoa.

“Rino (Gattuso) masih mempunyai karektor yang sama. Anda boleh lihat dari cara beliau bermain: sangat fokus, teratur, agresif, seperti Gattuso sebagai pemain,” kata Ancelotti, yang memulakan karier di Napoli dengan kemenangan ke atas Lazio.

Ia juga perlawanan kepulangan untuk penjaga gol Pepe Reina, yang meninggalk­an Napoli pada musim panas ini untuk ke Milan, bersama-sama penyerang pinjaman, Gonzalo Higuain, yang bermain tiga musim di Napoli dengan menjaringk­an 91 gol dari 146 perlawanan sebelum berpindah ke Juventus tahun lepas. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia