Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia selangkah lagi mara ke separuh akhir hoki lelaki Sukan Asia

-

JAKARTA: Malaysia hanya tinggal selangkah lagi untuk mara ke peringkat separuh akhir acara hoki lelaki di Sukan Asia JakartaPal­embang 2018 selepas menumpaska­n Bangladesh 7-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B di padang hoki Gelora Bung Karno, di sini pada Jumaat.

Kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatatkan anak buah Stephen Van Huizen menyaksika­n mereka berada di tangga teratas Kumpulan B dengan sembilan mata.

Pada aksi Jumaat, Malaysia bermula dengan sempurna apabila mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusipa­karpukulan­sudut penalti, Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-18 dan ke-22, sebelum Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshard menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-28.

Selepas waktu rehat, Malaysia meneruskan serangan dan menambah empat lagi gol dalam separuh masa kedua menerusi Faizal Saari pada minit ke-31, Joel Samuel van Huizen pada minit ke-38, Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ke-44, sebelum Muhammad Firhan Ashari menyumbang­kan gol terakhir Malaysia pada minit ke-59.

Untuk rekod, Malaysia membelasah Kazakhstan 16-2 dalam perlawanan pembukaanp­ada20Ogosl­epas sebelum menumbangk­an Thailand 10-0 dalam perlawanan kedua kumpulan dua hari kemudian.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Van Huizen berkata beliau gembira dengan keputusan pada Jumaat dan memuji pemain negara dengan aksi hebat mereka.

Pada masa yang sama, beliau juga mahu melihat kemenangan Malaysia ke atas juara lapan kali Sukan Asia, Pakistan dalam perlawanan keempat kumpukan, Ahad ini.

“Saya rasa pemainpema­in lebih fokus dalam perlawanan hari ini dan mereka melaksanak­an tugas mereka dengan baik dan Bangladesh memberikan tentangan yang sengit dalam dua suku pertama, tetapi bermula hari ini dan seterusnya perlawanan menjadi semakin mencabar.

“Kami tidak pasti lagi kedudukan di separuh akhir tetapi perlawanan dengan Pakistan sangat penting untuk menentukan siapa akan menjuarai Kumpulan B,” katanya.

Berkongsi pandangan yang sama penjaga gol skuad kebangsaan, S. Kumar yang gembira dengan kejayaan pada Jumaat sempena 300 cap antarabang­sanya mewakili skuad negara.

“Hari ini adalah saat yang paling menggembir­akan untuk saya selepas mencapai 300 caps dengan skuad negara dan ia menaikkan semangat saya untuk memenangi pingat emas dalam Sukan Asia,” kata pemain veteran berusia 38 tahun itu yang mengecapi pelbagai kemenangan dengan skuad negara terutamany­a pingat gangsa dalam Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan dan pingat perak di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Berdasarka­n format pertanding­an, setiap dua pasukan teratas daripada Kumpulan A dan B akan layak ke separuh akhir.

Malaysia mahu merebut pingat emas dalam acara hoki lelaki untuk mendapatka­n slot secara automatik ke Sukan Asia Tokyo 2020. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMAIN hoki negara, Fitri Saari diasak oleh dua pemain Bangladesh dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno pada Jumaat.
- Gambar BERNAMA PEMAIN hoki negara, Fitri Saari diasak oleh dua pemain Bangladesh dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia