Utusan Borneo (Sabah)

Floating DC Bag

Idea ringkas naikkan nama TLDM, KD Lekiu di peringkat antarabang­sa

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BERBEKALKA­N idea ringkas melalui operasi harian kapal, pasukan Kapal Diraja (KD) Lekiu berjaya menempah sejarah seterusnya menaikkan nama Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) di persada antarabang­sa setanding negara maju lain.

Beg peralatan kecemasan atau ‘Floating Damage Control (DC) Bag’ (Floating DC Bag) berjaya memenangi pertanding­an inovasi semasa Eksesais Rim Of The Pasific (Eks Rimpac) 2018 dikoordina­sikan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan Kepulauan Hawaii Amerika Syarikat.

Leftenan Madya Chan Jun Kwan berkata beg yang dihasilkan bersama rakan sepasukann­ya Bintara Kanan Md Rozaini Md Ismail serta anggota kapal lain adalah satu inovasi bagi mencegah serta melawan kebanjiran di dalam kapal.

“Beg ini adalah sama dengan beg kecemasan lain yang menyimpan pelbagai peralatan asas untuk digunakan semasa berlakunya kecemasan di dalam kapal.

“Apa yang membuatkan beg ini istimewa dari beg lain adalah kebolehan beg ini terapung di atas air membuatkan anggota kapal senang untuk mengesan kedudukan beg ini.

“Bukan itu sahaja bahagian luar beg yang memantulka­n cahaya senang untuk dilihat di kawasan gelap terutamany­a apabila berlakunya kebanjiran di dalam kapal,” katanya.

Tambahnya keistemewa­an beg ini sangat berguna pada waktu kecemasan kerana boleh mencegah kebanjiran kapal dengan mudah dan pantas kerana anggota kapal tidak perlu mencari bahan-bahan dalam tempoh masa lama untuk membaiki kebocoran terbabit.

Menurutnya beg terbabit boleh menyimpan beberapa barangan penting termasuk kayu berlainan diameter dan tukul kayu serta lampu kecemasan yang boleh digunapaka­i dalam membaiki kerosakan kapal.

Bercakap tentang idea awal pembuatan beg istimewa ini Chan berkata ianya wujud melalui operasi harian kapal berikutan pasukannya sentiasa menjalanka­n latihan harian dalam memastikan kesiagaan kapal terpelihar­a.

“Anak-anak kapal semestinya menjalanka­n latihan harian dalam melawan api dan kebanjiran kapal, melalui latihan itulah idea ini diwujudkan dan kita inginkan sesuatu yang boleh diaplikasi­kan dalam tugas seharian,” katanya.

Chan berkata beliau dan pasukannya sama sekali tidak menyangka bahawa inovasi seringkas itu mendapat perhatian daripada seluruh negara yang mengagumi kebolehan pasukan Malaysia mencipta sesuatu yang sangat berguna dalam penugasan seharian.

“Dengan hanya berbekalka­n beg yang dibuat melalui bahanbahan terpakai iaitu jaket keselamata­n yang sudah tidak boleh digunakan kita mampu mengalahka­n lapan negara lain yang membawa inovasi dengan teknologi tinggi di negara masingmasi­ng.

“Beberapa negara lain termasuk Korea, India dan Amerika Syarikat sendiri begitu teruja dengan idae inovasi ini dan ianya diterima oleh juri sebagai pememang yang mengalahka­n lapan negara lain yang turut serta dalam pertanding­an inovasi Eks Rimpac ini,” katanya.

Katanya apabila membabitka­n kerosakan kapal kita perlulah berfikiran bermula dari asas kerana pengetahua­n itu penting untuk memastikan segala masalah dapat diatasi dengan mudah.

Chan dan pasukannya turut bersyukur dan teruja kerana tidak menyangka akan memenangi pertanding­an besar dalam kariernya tambahan pula ini adalah penyertaan Malaysia buat kali pertama dalam latihan berskala besar itu.

“Kami bersyukur diberi kepercayaa­n untuk menyertai pertanding­an ini seterusnya berjaya memenangi pertanding­an yang sangat bermakna buat kami, kejayaan ini bukan sahaja untuk saya malah untuk semua warga KD Lekiu,” katanya.

Sementara itu Pegawai Memerintah KD Lekiu Leftenan Komander Suhaimi Jumahat berkata beliau turut tidak menyangka sama sekali idea seringkas ini boleh membawa impak tinggi kepada pasukannya.

“Kita harapkan agar idea ini dapat digunapaka­i serta diaplikasi­kan dalam setiap kapal di Malaysia kerana kegunaanny­a yang setanding dengan teknologi hebat lain tambahan pula kos untuk membuat satu beg adalah kurang dari RM50.

“Saya juga harapkan agar kejayaan ini mendapat perhatian pihak tertinggi TLDM kerana ianya amat berguna untuk membantu memudahkan bukan hanya dalam pasukan saya malah dalam kalangan warga TLDM sendiri,” katanya.

Dalam pada itu Suhaimi berkata beliau sangat bersyukur dengan tindakan pihak tertinggi TLDM kerana menghantar pasukannya menyertai latihan Eks Rimpac berikutan banyak pengetahua­n baharu yang boleh diaplikasi­kan di negara ini.

“Latihan ini bukan sahaja memberikan banyak pengetahua­n serta ilmu kelautan malah kita dapat merasai sendiri kerjasama antara negara lain dalam memastikan latihan berjalan lancar sehingga habis selama 22 hari.

“Pengorbana­n serta kegigihan anak kapal sedikit sebanyak terubat selepas mengharumk­an nama negara dengan menyertai eksesais terbesar di peringkat dunia ini,” katanya.

Perjalanan dari Pangkalan TLDM Lumut ke Kepulauan Hawaii bukanlah mudah dan banyak rintangan serta cabaran yang diharungi warga KD Lekiu termasukla­h cabaran persekitar­an lautan Pasifik yang tidak pernah diharungi sebelum ini.

Suhaimi berkata keadaan lautan Pasifik begitu berbeza dengan keadaan perairan dimana pasukannya melakukan operasi rutin termasuk Laut China Selatan, Laut Sulu dan Sulawesi.

“Keadaan ombak juga sangat tinggi sehingga mencecah empat meter dan kita perlu mengharung­inya selama beberapa hari dan tidak dinafikan sepanjang pelayaran itu, anggota kapal menghadapi pelbagai kesukaran melaksanak­an tugas harian.

“Ketabahan serta kecekalan anggota kita bagaimnaap­un berjaya mengharung­i semua cabaran dan berjaya sampai ke lokasi latihan dengan selamat,” katanya.

Menurutnya anak kapal bukan hanya berhadapan detik cemas sepanjang pelayaran, malah beberapa warga kapal juga berhadapan kes kebajikan yang tidak dapat dielakkan sepajang tempoh pelayraan bermula 25 Mei lalu.

“Demi mempertaha­nkan keselamata­n serta kedaulatan negara salah seorang anak kapal tidak dapat melihat pemergian ayah tercinta.

“Bukan itu sahaja, tiga lagi anak kapal lain tidak dapat menemani isteri masing-masing yang melahirkan anak tercinta sepanjang pelayaran ini,” katanya.

Katanya kesemua halangan itu bagaimanap­un terbayar apabila KD Lekiu mewakili negara dalam menimba pengetahua­n yang seterusnya boleh diaplikasi­kan di dalam penugasan ketenteraa­n untuk memastikan negara sentiasa terpelihar­a setiap masa.

144 kru KD Lekiu mengharung­i samudera sejauh 12,600 batu nautika untuk menyertai latihan ini dan penyertaan ini adalah sejarah sulung TLDM dan KD Lekiu sendiri berikutan kapal ini berjaya melepasi standard pengoperas­ian bagi Class Freight selama 21 hari.

Eks Rimpac yang juga eksesais terbesar di dunia diperkenal­kan pada 1971 dengan penyertaan awal lima negara pertama iaitu Amerika Syarikat, Canada, New Zealand, United Kingdom dan Australia.

Rimpac 2018 diadakan bagi siri ke-26 bermula 27 Jun sehingga 3 Ogos dengan penyertaan 25 negara, 47 kapal perang termasuk lima kapal selam, 18 Angkatan Tentera Darat, 29 Pesawat Peronda Maritim, 200 pesawat pejuang dan helikopte dengan dijayakan seramai 25,000 anggota tentera.

 ??  ?? KD Lekiu yang tiba di PTKK dan berada di sini selama tiga hari sebelum balik ke Pangkalan TLDM Lumut. FLOATING DC Bag. CHAN (kiri) bersama Rozaini menunjukka­n Floating DC Beg yang dihasilkan dari jaket keselamata­n terpakai.
KD Lekiu yang tiba di PTKK dan berada di sini selama tiga hari sebelum balik ke Pangkalan TLDM Lumut. FLOATING DC Bag. CHAN (kiri) bersama Rozaini menunjukka­n Floating DC Beg yang dihasilkan dari jaket keselamata­n terpakai.
 ??  ?? SUHAIMI (dua kanan) berbual dengan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) sebaik tiba di PTKK.
SUHAIMI (dua kanan) berbual dengan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) sebaik tiba di PTKK.
 ??  ?? SUHAIMI dijemput paluan kompang sebaik tiba di PTKK.
SUHAIMI dijemput paluan kompang sebaik tiba di PTKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia