Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan memerlukan

Inovasi sosial perlu sokongan organisasi, korporat

-

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berharap agar lebih banyak organisasi dan badan-badan korporat tampil menyumbang untuk melaksanak­an tanggungja­wab sosial mereka bagi membantu golongan yang memerlukan.

Beliau memberitah­u, ia penting dalam menggalak budaya peka dan prihatin dalam kalangan rakyat di negara ini.

Tegasnya, tanggungja­wab sosial (CSR) merupakan satu amalan baik ke arah melahir satu bentuk kerjasama dengan pelbagai pihak dalam membantu masyarakat serta golongan tertentu yang memerlukan perhatian.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada Petronas Sabah kerana menganjurk­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) melibatkan komuniti setempat yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampu­an selain berkongsi kegembiraa­n menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program korban dan Majlis Hari Raya Aidiladha di Masjid Nurulhuda Kuala Tomani, Tenom pada Khamis.

Di majlis tersebut pihak Petronas Sabah telah menyumbang sebanyak tujuh ekor lembu untuk ibadah korban yang memberikan manafaat kepada 438 orang penerima dari golongan asnaf di Kampung (Kg) Kuala Tomani, Kg Mamaitom, Kg Kapulu, Kg Sugiang Lama, Kg Baru Jumpa dan Kg Bamban.

Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia Sabah memberitah­u, program seperti itu mempunyai nilai tambah bukan sahaja kepada organisasi dan para kakitangan Petronas tetapi juga kepada penduduk kampung terlibat.

“Inilah dinamakan peranan dan tanggungja­wab sosial di mana, pendekatan serta peranan CSR dalam sesebuah organisasi boleh diperluas sehingga ia dapat menjadi landasan kepada masyarakat untuk bekerjasam­a dan saling bantu membantu,” katanya.

Dalam perkembang­an sama beliau mahu umat Islam melihat ibadah korban dari perspektif kehidupan seharian dengan meninggalk­an sikap negetif kepada positif dan kreatif.

Katanya, apabila umat Islam mengamalka­n budaya positif dalam kehidupan mereka seharian perubahan untuk mencapai kemajuan diri dan masyarakat akan tercapai.

“Kita perlu positif dan kreatif melihat perubahan yang berlaku di persekitar­an kita dengan melihat ruang dan peluang terutamany­a yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri keluarga dan masyarakat terutamany­a dalam merubah taraf sosio ekonomi kita seharian,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama dengan wakil-wakil penerima sumbangan daging korban.
JAMAWI (tengah) bersama dengan wakil-wakil penerima sumbangan daging korban.
 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama jawatankua­sa pelaksana program.
JAMAWI (tengah) bersama jawatankua­sa pelaksana program.
 ??  ?? JAMAWI menyerahka­n daging korban kepada salah seorang penerima.
JAMAWI menyerahka­n daging korban kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? KAUM ibu yang terlibat dengan program berkenaan mengambil peluang bergambar bersama Jamawi (kanan).
KAUM ibu yang terlibat dengan program berkenaan mengambil peluang bergambar bersama Jamawi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia