Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan PBT disemak semula

Jika gagal lantik 30 peratus wanita

-

KUALA LUMPUR:Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai semula peruntukan bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara sekiranya gagal melantik 30 peratus wanita sebagai anggota majlis.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata perkara itu, yang bakal menjadi syarat baharu dalam Sistem Penarafan Bintang PBT, masih diperincik­an dan ia akan dilaksanak­an selepas tempoh dua tahun ini.

“Perkara itu dalam peringkat cadangan awal bagi memastikan semua PBT melantik 30 peratus atau lapan wanita daripada keseluruha­n 24 ahli majlis… selepas ia (syarat) dilaksanak­an, sekiranya PBT gagal, KPKT akan semak semula peruntukan.

“Saya akan perkemaska­n lagi syarat (Sistem Penarafan Bintang PBT) yang sesuai untuk diberikan kepada semua PBT,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidanga­n Hari Wanita 2018 di Dewan Perdana Felda di sini,

“Perkara itu dalam peringkat cadangan a w a l bagi memastikan semua PBT melantik 30 peratus atau lapan wanita daripada keseluruha­n 24 ahli majlis… selepas ia (syarat) dilaksanak­an, sekiranya PBT gagal, KPKT akan semak semula peruntukan. ”

ZURAIDA KAMARUDDIN Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

pada Jumaat.

Zuraidah, yang juga Anggota Parlimen Ampang, berkata, syarat itu tertakluk kepada semua PBT di seluruh negara termasuk di negeri di bawah pentadbira­n pembangkan­g.

Beliau berkata pada masa ini, pelantikan wanita sebagai anggota majlis dalam PBT di peringkat nasional secara purata hanya mencatat 14 peratus.

Persidanga­n sehari, yang disertai kira-kira 300 anggota badan bukan kerajaan, dianjurkan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bertemakan ‘Mengilham Harapan, Memacu Wawasan’ (english: Inspiring Hope, Driving the Vision) bermatlama­t memberi inspirasi dan membentuk pemikiran baharu wanita dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4).-Bernama

 ??  ??
 ??  ?? ZURAIDA bertanyaka­n sesuatu kepada usahawan makanan ringan jenama Sukre Kamil Sukre Mohamat (kiri) ketika melawat gerai pameran dan jualan pada Persidanga­n Hari Wanita 2018 di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, pada Jumaat. -Gambar Bernama
ZURAIDA bertanyaka­n sesuatu kepada usahawan makanan ringan jenama Sukre Kamil Sukre Mohamat (kiri) ketika melawat gerai pameran dan jualan pada Persidanga­n Hari Wanita 2018 di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, pada Jumaat. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia