Utusan Borneo (Sabah)

Aminuddin harap projek perumahan generasi kedua Felda Jelai dipercepat

-

GEMAS: Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n ( Felda) untuk mempercepa­tkan pembinaan rumah generasi kedua di Felda Jelai dekat sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata perkara itu akan diusulkan kepada pihak Felda dalam masa terdekat.

“Kita mendapat maklum balas daripada masyarakat di kawasan ini yang memerlukan rumah yang lebih selesa memandangk­an buat masa ini mereka tinggal menyewa di kawasan rumah setinggan dan ada yang mendirikan rumah di tanah rizab yang kecil dan ada juga balai raya yang diubah menjadi rumah.

“Keadaan rumah yang sangat kecil dan sempit itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat tinggal. Jadi saya akan berbincang dengan pihak Felda bagi mempercepa­tkan pembinaan perumahan untuk generasi kedua ini ” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Korban Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan dan Jamuan Bersama Rakyat Felda Jelai, Gemas.

Sementara itu, Aminuddin berkata beliau akan berbincang dengan pihak polis untuk menambah anggota pasukan keselamata­n di kawasan Felda Jelai bagi memastikan kemananan di kawasan ini.

“Saya mendapati hanya dua orang polis menjaga di kawasan ini yang mempunyai seramai 22,000 penduduk.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat kritikal dan memerlukan sedikit penambahan keanggotaa­n polis memandangk­an kawasan ini mempunyai bilangan penduduk yang ramai,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia