Utusan Borneo (Sabah)

Jemaah Malaysia pulang ke Makkah selepas melontar

-

MAKKAH: Hampir kesemua jemaah haji Malaysia selamat tiba di hotel penginapan masingmasi­ng di sini selepas menunaikan ibadat melontar jamrah bagi ketiga-tiga hari tasyrik berakhir 13 Zulhijjah yang merupakan salah satu daripada syarat wajib ibadah haji.

Setibanya di Makkah, para jemaah akan melaksanak­an satu lagi rukun ibadah haji iaitu tawaf dan saie haji untuk mendapat tahallul thani bagi melepaskan diri dari baki tiga larangan ihram, selepas mendapat tahallul awwal

yang membebaska­n mereka dari 10 larangan.

MenteridiJ­abatanPerd­ana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pada tahun ini, lebih dari separuh jemaah haji mengambil nafar awwal dengan hanya melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik dan telah bergerak pulang ke Makkah pada Khamis.

“Seramai 16,200 orang dari jemaah kita telah melakukan nafar awwal dan selebihnya melakukan nafar thani (melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik) dan Tabung Haji mula mengambil jemaah kita dari Mina pada jam 7 pagi,” beliau memberitah­u sidang media di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata kumpulan jemaahyang­melakukann­afar awwal ini terdiri daripada kumpulan yang pulang lebih awal berbanding jemaah Malaysia yang melakukan nafar thani.

“Kepulangan jemaah haji kita ke Makkah menandakan bahawa operasi masyair

TH bagi musim haji kali ini berakhir dan kesemua jemaah di jangka akan tiba di sini menjelang tengah hari (waktu tempatan),” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia