Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah Kelantan Januari - Julai menurun

-

KOTA BHARU:Kadar indeks jenayah Kelantan menurun 8.7 peratus kepada 2,341 kes untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini, berbanding 2,563 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata kes berkaitan dadah pula menurun enam peratus kepada 8,538 kes dalam tempoh sama pada tahun ini berbanding 9,043 tahun lepas.

“Kes tangkapan individu terbabit dadah juga menurun tiga peratus kepada 10,329 kes berbanding 10,642 kes pada tahun lepas, selain kami berjaya merampas dadah bernilai RM2.4 juta pada tahun ini berbanding RM2 juta untuk tempoh sama tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata jenayah kekerasan juga menunjukka­n penurunan dengan hanya 315 kes direkodkan pada tahun ini berbanding 352 pada tahun lepas.

Katanya jenayah harta benda juga turun 8.37 peratus kepada 2,026 kes bagi tempoh sama pada tahun ini berbanding 2,211 kes tahun lalu.

“Penurunan itu menunjukka­n kesungguha­n PolisDiraj­aMalaysia(PDRM) khususnya polis Kelantan dalam usaha membantera­s kegiatan jenayah di negeri ini.

“Selain itu, kerjasama masyarakat dalam membantu polis menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenayah amat membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai agar menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan jenayah atau penyalahgu­naan dadah di negeri ini kepada polis dengan menyertai Rakan Cop atau mendaftar aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan kerjasama antara masyarakat dan polis.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia