Utusan Borneo (Sabah)

50 sukarelawa­n sertai program Ibadan Korban, Akikah 2018 USIM

-

NILAI:Seramai50k­akitangan Universiti­SainsIslam­Malaysia (USIM) termasuk anggota Jabatan Keselamata­n serta pelajar Tamhidi, menyertai program Ibadah Korban dan Akikah 2018 anjuran Pusat Islam USIM di Kompleks Islam Tuanku Muhriz di sini, pada Jumaat.

Pengarah Pusat Islam tersebut Prof Madya Dr Khairul Anuar Mohamad berkata program itu dilaksanak­an pada Jumaat adalah sebagai pengisian ibadah korban sempena sambutan Aidiladha dan mengambil keberkatan hari Jumaat serta menginsafi erti sebenar ibadah berkenaan.

“Alhamdulil­lah, pada tahun ini kita dapat sambutan menggalakk­an daripada staf USIM. Sebanyak tujuh ekor lembu dan dua ekor kambing disembelih dalam majlis yang bermula pada 8 pagi dan berakhir 12 tengah hari tadi itu,” katanya di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata penyertaan dibuka kepada semua kakitangan­USIMsejakh­ujung tahun lepas dengan membuat potongan gaji RM680 bagi satu bahagian.

Katanya kesemua peserta sepakat untuk mendermank­an agihan korban kepada fakir miskin, asnaf dan ibu-ibu tunggal di flat Semarak, Nilai, dan staf USIM, manakala selebihnya dibuat sup serta gulai daging umbut pisang untuk dijamu kepada Jemaah solat Jumaat di sini.

Program korban tersebut yang selama ini diadakan di Pusat Komersil USIM, pada Jumaat dilakukan di kompleks tersebut buat pertama kalinya setelah ia siap dibina pada Jun tahun lepas.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia