Utusan Borneo (Sabah)

Bayi maut nahas pikap

Ibu bapanya cedera selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam sungai

-

BETONG: Seorang bayi maut manakala keduadua ibu dan bapanya cedera selepas kenderaan pikap yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai dalam kemalangan di Sungai Babu, Rimbas dalam kawasan Debak malam Rabu.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Henry Jugah, pihaknya dimaklumka­n tentang kemalangan tersebut sekitar jam 7.45 malam.

“Sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi dimaklumka­n kira-kira 30 kilometer dari BBP Betong yang mengambil masa setengah jam perjalanan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi terbabit, didapati sebuah pikap terjunam ke sungai di dalam gaung sedalam 25 kaki manakala seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan tersebut.

“Dua mangsa lain dipercayai suami dan anaknya telah dihantar orang awam ke Hospital Betong sebelum pihak bomba tiba.

“Pihak bomba hanya mengangkat mangsa tersebut dari kenderaan dan diserahkan kepada pihak ambulans,” jelas Henry

Bagaimanap­un bayi terbabit, Airelyn Acelin Kyla, 2, dimaklumka­n pihak hospital telah meninggal dunia apabila tiba di Hospital Betong untuk mendapatka­n rawatan.

Kedua-dua suami isteri terbabit mendapat kecederaan di bahagian muka, badan dan kaki.

Dalam pada itu, ketika ditemu bual, mangsa dikenali sebagai Mohamad Khairudin Harun, 35, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan, matanya tiba-tiba berasa sakit dikhuatiri terkena serangan serangga dan tidak dapat melihat keadaan jalan lalu kenderaan dipandunya terbabas.

Ketika melalui lokasi kejadian, hujan turun dengan lebat menyebabka­n jalan licin.

Mangsa merupakan jurutera tapak Syarikat TRC, pemaju pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang dikatakan dalam perjalanan ke Sibu dan sepatutnya menaiki penerbanga­n ke Kuala Lumpur pada Khamis.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas) KENDERAAN mangsa terhumban ke dalam sungai.
(gambar kiri) Mangsa diserah kepada pihak ambulans. (gambar kanan) KHAIRUDIN memangku anaknya sebelum dibawa ke hospital.
(gambar atas) KENDERAAN mangsa terhumban ke dalam sungai. (gambar kiri) Mangsa diserah kepada pihak ambulans. (gambar kanan) KHAIRUDIN memangku anaknya sebelum dibawa ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia