Utusan Borneo (Sabah)

S’wak guna sumber sendiri kekang penularan wabak rabies

-

KUCHING:KerajaanSa­rawak akan menggunaka­n sumber sendiri untuk membantu mengekang penularan wabak rabies di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia berikutan maklum balas yang kurang pantas daripada kerajaan persekutua­n berhubung isu rabies di Sarawak.

“Apa yang kita lakukan ialah, guna wang negeri dahulu kerana kita tidak boleh menangguh perkara ini, ia sangat penting.

“Sarawak akan mengambil langkah ini, pada masa sama kita akan berbincang dengan kerajaan pusat (mengenai bentuk bantuan diberikan kepada Sarawak),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Korban Aidiladha dan Pengagihan Sumbangan Daging Korban anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok di pekarangan Pusat Khidmat PBB Satok di sini semalam.

Pada Selasa lepas, mangsa rabies ke-13 di Sarawak dilaporkan meninggal dunia, melibatkan seorang lelaki berusaia 44 tahun dari Jalan Matang, di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan akhbar berkata berdasarka­n maklumat diterima, mangsa tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari 2018.

Ketika itu, mangsa mempunyai luka terbuka di tangan kanannya dan dilaporkan anjing tersebut kemudianny­a mati.

DrNoorHish­ammenambah, mangsa tidak mendapatka­n sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan serta vaksinasi.

“Sejak rabies diisytihar­kan wabak di Sarawak pada 30 Jun 2017 hingga 21 Ogos 2018, jumlah kes dalam kalangan manusia ialah 13 kes termasuk 12 kematian rabies dengan kadar kematian 92.3 peratus.

“Hanya terdapat seorang pesakit telah didiscaj dari hospital namun dengan komplikasi neurologi teruk dan kini dirawat di rumah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia