Utusan Borneo (Sabah)

MRM tidak harus kutip tarif hak cipta daripada pemilik kedai kopi

-

KUCHING: Music Rights Malaysia (MRM) Berhad tidak harus mengutip tarif hak cipta daripada pemilik kedai kopi kerana memasang televisyen di kedai mereka.

Itu antara isu yang dikemukaka­n Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen dalam surat yang ditulisnya kepada MRM Berhad semalam, susulan perbincang­an bersama wakil organisasi itu pada mesyuarat yang diadakan Isnin lalu.

Menurutnya, tarikan utama bagi televisyen ini ialah untuk menyiarkan pelancaran bola sepak dan bukan karya muzik.

“Untuk pelancaran bola sepak, yuran penyiaran yang dibayar kepada ASTRO atau RTM sudah memadai.

“Tambahan pula, kedai kopi merupakan tempat makan bagi populasi sektor berpendapa­tan rendah dan kutipan tarif dari tempat makanini,bolehmenye­babkan kos dipindahka­n kepada pengguna mereka.

“Maka itu, sebarang cubaan (sekarang) untuk mengenakan beban kewangan yang tidak perlu ke atas rakyat, pada pandangan saya adalah bertentang­an dengan dasar kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat terutama bagi kumpulan berpendapa­tan rendah.

“Perkara ini tidak diguna pakai kedai kopi dengan kelengkapa­n karaoke,” kata Chong dalam satu kenyataan media semalam.

Selain itu, Chong berkata antara isu lain yang ditekankan­nya ialah tarif tidak harus sama bagi Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Buat masa sekarang, MRM Berhad mengenakan tarif hak cipta yang sama di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Ini tidak adil kerana jumlah perniagaan di Sabah dan Sarawak terlalu rendah berbanding di Semenanjun­g Malaysia. Apa yang dianggap harga yang adil di Kuala Lumpur dan Selangor sudah tentu diangap mahal di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi meneliti aduan artis tempatan di Sarawak katanya, mereka tidak menerima sebarang yuran hak cipta daripada MRM Berhad pada

CHONG menunjukka­n risalah tarif MRM Berhad.

tahun lepas.

“Sehubungan itu, saya telah meminta pecahan bagi agihan hasil pendapatan tarif yang dikumpul oleh MRM Berhad dan penjelasan mengenai aduan tersebut,” katanya.

MRM Berhad merupakan ejen pengutip bagi empat syarikat yang mempunyai pemilikan ke atas karya muzik di Malaysia iaitu Music Author’s Copyright Protection (MACP) Sdn Bhd, Public Performanc­e Malaysia Sdn Bhd, Recording Performers Malaysia Berhad dan Performers Rights & Interest Society of Malaysia Berhad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia