Utusan Borneo (Sabah)

Mydin lancar ‘Raikan Malaysia Ku 2018’

Sempena sambutan Hari Kebangsaan

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SUBANG JAYA: Bersempena dengan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) menyediaka­n pelbagai program, aktiviti dan peraduan menarik untuk disertai oleh para pelanggan Mydin khususnya daripada segenap lapisan masyarakat amnya.

Pada tahun ini juga, Mydin selaku syarikat kelahiran tempatan dan juga rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia sekali lagi menerima kepercayaa­n dari Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk bekerjasam­a dalam mengadakan Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku.

Program MYMerdeka Sayangi Malaysiaku yang diadakan untuk tahun ke-3 ini, bertujuan meraikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bebas, aman dan makmur serta memberi kesedaran patriotism­e dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Mydin dibangunka­n pada bulan dan tahun yang sama dengan kemerdekaa­n negara dan kini berusia 61 tahun.

Mydin terus komited memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia berdasarka­n konsep halal serta telus.

“Mydin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk ‘Raikan MalaysiaKu’ bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit bersuara atas semangat cinta terhadap negara,”katanya pada majlis perlancara­n program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin USJ, baru- baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Michelle Ng, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Naib Presiden Yayasan Patriot Negara Datuk Nadzim Johan.

Sementara itu, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, majlis penutupan program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku akan diadakan serentak dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan di Mydin Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

“Istimewany­a, sambutan ini akandiadak­andenganke­rjasama Cats FM dan menjanjika­n aktiviti- aktiviti meriah seperti Gardenia Challenge, Teh Tarik Challenge, Bermukun dan Konsert Mini Cats FM yang akan diwarnai oleh barisan artis terkenal tanah air,” katanya.

Pada masa sama, Mydin turut menyasarka­n pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) dengan sasaran 500,000 ikrar merdeka menerusi inisiatif Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku.

Menurut Datuk Ameer Ali Mydin, ikrar merdeka daripada seluruh rakyat Malaysia itu akan direkodkan dalam tempoh sebulan kempen berlangsun­g yang bermula semalam hingga 16 September depan.

“Orang awam boleh mengambil bahagian dengan menulis ikrar merdeka kepada negara dan menampal nota ikrar tersebut di papan MyPledge yang disediakan di 63 cawangan Mydin di seluruh negara.

“Kempen bertujuan menyemarak­kan semangat patriotik dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Sebanyak 61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai menerusi media sosial selain menerima nombor plat PATRIOT dan baucar beli-belah Mydin,” tambah beliau.

Orang ramai juga boleh menyatakan ikrar merdeka melalui platform e-ikrar dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada platform media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @ mydinmalay­sia atau layari terus laman web www.mydin. com.my Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku diadakan di lima lokasi Mydin di seluruh negara.

Ini termasukla­h Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak dari 30 Ogos hingga 1 September ini, Mydin Mutiara Rini, Skudai, Johor (6 hingga 8 September) dan Mydin Petra Jaya, Kuching, Sarawak (14 hingga 16 September), Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor (16 Ogos hingga 19 Ogos) serta Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang (3 hingga 5 Ogos).

“Kempen bertujuan menyemarak­kan semangat patriotik dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sebanyak 61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai menerusi media sosial selain menerima nombor plat ” PATRIOT dan baucar beli-belah Mydin. DATUK AMEER ALI MYDIN Pengarah Urusan Mydin

 ??  ?? MYPLEDGE ialah inisiatif Mydin bagi mengajak rakyat Malaysia menyatakan ikrar merdeka pada negara.
MYPLEDGE ialah inisiatif Mydin bagi mengajak rakyat Malaysia menyatakan ikrar merdeka pada negara.
 ??  ?? DATUK Ameer Ali Mydin : MYDIN menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk ‘Raikan MalaysiaKu’ bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit bersuara atas semangat cinta terhadap negara.
DATUK Ameer Ali Mydin : MYDIN menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk ‘Raikan MalaysiaKu’ bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit bersuara atas semangat cinta terhadap negara.
 ??  ?? ADUN Subang Jaya Michelle Ng (tengah) melancarka­n program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin USJ, baru-baru ini.
ADUN Subang Jaya Michelle Ng (tengah) melancarka­n program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin USJ, baru-baru ini.
 ??  ?? AMIRAH Dayana (kiri) dan Nadzirah Junaidi tidak melepaskan peluang menyatakan ikrar merdeka kepada negara.
AMIRAH Dayana (kiri) dan Nadzirah Junaidi tidak melepaskan peluang menyatakan ikrar merdeka kepada negara.
 ??  ?? PELBAGAI hadiah menarik ditawarkan dalam kempen Shop, Fly and Drive sempena program ‘Raikan Malaysia Ku 2018’.
PELBAGAI hadiah menarik ditawarkan dalam kempen Shop, Fly and Drive sempena program ‘Raikan Malaysia Ku 2018’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia