Utusan Borneo (Sabah)

‘MALAYSIA 1’ terima bidaan tertinggi

RM1,111,111

-

PUTRAJAYA: Nombor pendaftara­n khas ‘MALAYSIA 1’ telah dijual pada bidaan tertinggi RM1,111,111, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata bidaan itu adalah yang tertinggi dalam sejarah dan nombor pendaftara­n tersebut kini dimiliki oleh Aldi Internatio­nal Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan di Johor Bahru.

Syarikat itu juga berjaya membida ‘MALAYSIA 2’ pada harga RM422,000 dan ‘MALAYSIA 4’ (RM162,000).

Menurut Loke, 10 nombor pendaftara­n tertinggi bagi siri ’MALAYSIA 1 hingga MALAYSIA 999’ merekodkan jualan berjumlah RM3.62 juta.

“Kerajaan telah dapat hasil kutipan keseluruha­n untuk pendaftara­n khas MALAYSIA sebanyak RM13.16 juta,” katanya pada sidang media mengumumka­n hasil pembidaan bagi siri nombor pendaftara­n khas ‘Malaysia’ bersempena Hari Kebangsaan 2018 di sini pada Jumaat.

Loke berkata nombor pendaftara­n MALAYSIA 2020 tidak dibuka untuk bidaan kerana ia dikhaskan bagi kenderaan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PM akan membawa kereta plat MALAYSIA 2020 pada sambutan Hari Merdeka,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata kerajaan kehilangan kira-kira RM100 juta dari segi perolehan hasil pembidaan nombor pendaftara­n khas kenderaan di bawah pentadbira­n terdahulu.

Katanya ketirisan berlaku apabila kerajaan sebelum ini mengeluark­an nombor khas kepada badan bukan kerajaan dan syarikat untuk dijual pada harga tender sebanyak RM1 juta bagi setiap siri.

“Satu siri katakan kita kumpul RM5 juta. Dah terdapat 30 lebih kali (siri sebelum ini). Jadi, sudah lebih RM100 juta ketirisan yang sepatutnya kerajaan kutip,” katanya.

Justeru, Loke berkata pihaknya akan membuka bidaan nombor pendaftara­n khas setiap dua bulan bagi menambah hasil kerajaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia