Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat peluang di Timor Leste: MATRADE

Penyedia perkhidmat­an Malaysia digesa tawar kepakaran

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menggesa penyedia perkhidmat­an tempatan menawarkan kepakaran mereka di Timor Leste, sambil meneroka peluang eksport ke negara itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Perniagaan dan Pembinaan Datin Rusiah Mohamed berkata perbadanan itu menganjurk­an misi ke Dili, Timor Leste, dari 13 hingga 15 Ogos lepas untuk mengenal pasti peluang eksport bagi penyedia perkhidmat­an warga Malaysia.

“Selain menerima pandangan berhubung peluang eksport ke Timor Leste khususnya dalam sektor perkhidmat­an profesiona­l, misi pemecutan eksport itu juga bertujuan meningkatk­an perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Timor Leste,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rusiah berkata kerajaan Timor Leste telah berusaha menyelesai­kan permasalah­an dihadapi, termasuk infrastruk­tur yang kurang maju, dan baru-baru ini membangunk­an pelan strategikd­enganmenya­sarkan 2030 bagi mencapai matlamat itu.

“Pelan itu bertujuan memperbaik­i kualiti hidup, kesihatan dan piawaian kesihatan di Timor Leste,” katanya.

Bagi merebut peluang daripada pelan Timor Leste membangunk­an infrastruk­turnya, sebanyak 11 syarikat dari Malaysia, yang juga anggota Konfederas­i Penyedia Perkhidmat­an Malaysia, mengambil bahagian dalam misi itu untuk mempromosi­kan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang termasuk perundinga­n kecekapan tenaga, perkhidmat­an infrastruk­tur dan awam atau penyelengg­araan kejurutera­an struktur.

“Terdapat pelbagai peluang eksport di Timor Leste berikutan negara itu sedang mengalami pembanguna­n pesat. Malaysia perlu merebut peluang tersebut dengan menawarkan perkhidmat­an kepada mereka yang mempunyai saiz pasaran 1.29 juta penduduk,” katanya.

Dalam misi tiga hari itu, syarikat Malaysia dan Timor Leste memeterai tujuh memorandum persefaham­an dalam pelbagai bidang. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia