Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan pedagang ASEAN wajar intai peluang pelaburan di Mercosur

-

KUALA LUMPUR: Usahawan pedagang ASEAN digesa merebut peluang pelaburan di Amerika Selatan yang berpotensi tinggi dalam perniagaan import dan eksport, terutama dalam sektor penternaka­n dan makanan halal.

Presiden Persatuan Pedagang ASEAN (PerdaASEAN) Datuk Moehamad Izat Emir berkata antara bidang perniagaan yang boleh diteroka ialah daging sembelihan dan makanan dalamtinha­lal,yangberpot­ensi dijual semula ke negara timur dan negara yang mempunyai populasi Islam yang ramai.

Selain itu, produk kesihatan dan kecantikan turut mempunyai permintaan yang tinggi berikutan pasaran halal dunia untuk produk sedemikian yang semakin berkembang pesat, katanya.

“Pelaburan dari negara anggota Mercosur kini sering tertumpu kepada Eropah dan Amerika.

Mercosur, blok perdaganga­n Amerika Selatan yang ditubuhkan pada 1991, terdiri dari Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay.

“Mereka kurang terdedah kepada ASEAN dan Asia. Jadi (usaha kita untuk jalin kerjasama dengan mereka) mampu membuka peluang pelaburan baharu buat mereka,” katanya pada sesi temu bual bersama Bernama Radio di sini pada Khamis.

Moehamad Izat berkata antara kaedah pelaburan yang boleh dipertimba­ngkan ialah pengambila­lihan tanah, sewa tanah dalam jangka masa panjang, usaha sama penternaka­n lembu dan kambing, serta pelaburan langsung asing.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kelebihan dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Mercosur berikutan kemajuan infrastruk­tur negara, kemahiran tinggi dalam sektor halal, serta memperoleh sokongan yang padu kerajaan menerusi Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC), Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa Dan Industri, serta Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia.

Jalinan kerjasama dengan Mercosur juga dilihat mampu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam bidang ternakan halal di dunia.

“Dahulu, daging lembu dari Kobe, Jepun adalah yang terbaik di dunia, namun kini daging lembu dari Argentina dan Uruguay adalah yang paling bermutu tinggi,” katanya.

Sementara itu, Moehamad Izat berkata Dewan Perniagaan Antarabang­sa MERCOSUR-ASEAN akan menganjur Rundingan Meja Bulat Duta-Duta Mercosur dan negara ASEAN pertama pada 29 Ogos ini.

Seramai 14 duta besar, termasuk 10 dari ASEAN dan empat dari Mercosur, turut serta.

Program tersebut diadakan bagi menyediaka­n platform untuk perniagaan ASEAN, termasuk Malaysia, membiasaka­n anggotanya dengan pasaran Mercosur. - Bernama

 ?? Gambar AFP ?? CARI REZEKI...Seorang penjual mempamerka­n layanglaya­ng buatan tangan di dataran Galle Face di Colombo, Sri Lanka pada Khamis. -
Gambar AFP CARI REZEKI...Seorang penjual mempamerka­n layanglaya­ng buatan tangan di dataran Galle Face di Colombo, Sri Lanka pada Khamis. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia