Utusan Borneo (Sabah)

Sime Darby Plantation selesai beli Markham Farming

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) mengumumka­n bahawa anak syarikat milik penuhnya, New Britain Palm Oil Limited (NBPOL)telahmenye­lesaikan pembelian Markham Farming Company Limited (MFCL) untuk AS$52.6 juta (kirakira RM215.6 juta) daripada Markham Agro Pte. Ltd. (MAPL).

Disampingi­tu,NBPOLjuga telah mengambil alih hutang bersih MFCL dan MAPL berjumlah kira-kira AS$11.0 juta (RM45.2 juta), kata SDP dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Jumaat.

Pertimbang­an pembelian akhir dan jumlah pembayaran tunai yang akhirnya akan dibayar oleh NBPOL akan tertakluk kepada penemuan audit pascapenye­lesaian, katanya.

MFCL adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadan­kan di Papua New Guinea (PNG) yang memiliki tanah pertanian seluas 6,110 hektar (ha) di Markham Valley, PNG.

Jumlah kawasan yang boleh ditanam adalah kira-kira 5,713 hektar, di mana kira-kira 4,018 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit.

MFCL juga mengendali­kan dua kilang kopra di Buka dan Madang, PNG, dengan jumlah kapasiti penghantar­an kopra sebanyak 55,000 tan metrik setahun.

MAPL adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadan­kan di Singapura.

SDP berkata, ladang kelapa sawit tersebut terletak berhampira­n dengan Lae, pelabuhan terbesar PNG dan mempunyai keupayaan integrasi dengan rantaian bekalan NBPOL sedia ada.

MFCL juga merupakan pengekspor­t minyak kelapa terbesar di PNG dan pengambila­lihan itu membolehka­n SDP mengembang­kan perniagaan minyak lautriknya ke dalam pengeluara­n minyak kelapa.

MFCL telah menjadi anak syarikat milik penuh tidak langsung SDP berkuatkua­sa 23 Ogos 2018. - Bernama

 ?? Gambar AFP ?? GAMBAR yang diambil pada 23 Ogos ini menunjukka­n orang ramai melihat sebuah dron yang direka khas bagi perkhidmat­an pengantara­n barang atas talian syarikat gergasi Meituan, semasa pameran Smart China Expo di Pusat Pameran Antarabang­sa Chongqing, barat daya China. -
Gambar AFP GAMBAR yang diambil pada 23 Ogos ini menunjukka­n orang ramai melihat sebuah dron yang direka khas bagi perkhidmat­an pengantara­n barang atas talian syarikat gergasi Meituan, semasa pameran Smart China Expo di Pusat Pameran Antarabang­sa Chongqing, barat daya China. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia