Utusan Borneo (Sabah)

Boustead Plantation­s catat kerugian pada suku kedua 2018

-

KUALA LUMPUR: Boustead Plantation­s Bhd mencatat kerugian RM26.43 juta pada suku kedua berakhir Jun 30, 2018 (2Q18) berbanding keuntungan RM8.43 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil merosot kepada RM141.75 juta berbanding RM169.49 juta sebelumnya, kata syarikat perladanga­n itu dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia, Jumaat.

Bagi tempoh enam bulan, syarikat itu mencatat kerugian RM24.09 juta berbanding keuntungan RM37.51 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil merosot kepada RM296.35 juta daripada RM358.50 juta sebelumnya ekoran kejatuhan ketara harga jualan produk minyak sawit dan peningkata­n perbelanja­an operasi.

Bagaimanap­un, pengeluara­n yang lebih tinggi dari ladang di Sabah dan sumbangan daripada Pertama Estates yang diambil alih baru-baru ini, menampung penurunan harga jualan, katanya.

“Pengeluara­n buah tandan segar (FFB) dalam tempoh enam bulan, susut dua peratus kepada 431,349 tan metrik manakala kadar purata perahan minyak sebanyak 20.7 peratus berbanding 20.8 peratus sebelumnya,” katanya.

Boustead Plantation­s berkata minyak sawit mentah (MSM) mencatat purata harga jualan RM2,457 tan metrik, penyusutan 17 peratus tahun ke tahun berbanding RM2,969 setan metrik sebelumnya.

Mengenai prospek masa depan, ia berkata keuntungan yang dijangkaka­n daripada cadangan jualan Malakoff Estateselu­as138.89hektarak­an meningkatk­an keuntungan kumpulan bagi tahun ini, manakala pengambila­lihan Pertama Estates baru-baru ini akan menyumbang kepada pengeluara­n hasil.

Ia berkata arah tuju harga minyak sawit bagi tempoh berbaki 2018 dijangkaka­n dipengaruh­i corak pengeluara­n di Indonesia dan Malaysia, bekalan kacang soya, pelaksanaa­n biodiesel di Indonesia, permintaan India, perkembang­an perang perdaganga­n Amerika Syarikat dan China serta implikasi harga minyak mentah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia