Utusan Borneo (Sabah)

Naza Agro mahu bertapak kukuh di China

-

KUALA LUMPUR: Sayap perniagaan agro Kumpulan Naza, Naza Plantation Services Sdn Bhd (Naza Agro), berhasrat untuk mengukuhka­n perniagaan buah-buahan tropikanya di China di samping terus meneroka pasaran eksport lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Timur Tengah.

Syarikat tersebut turut merancang meluaskan simpanan tanah mereka sebanyak 809.40 hektar lagi untuk penanaman buahbuahan tropika seperti nanas, tembikai dan durian bagi tujuan eksport dalam tempoh lima tahun.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Naza Agro berkata nanas keluaran Malaysia meraih kejayaan pada 2017 apabila kali pertama dieskport ke China dan sehingga kini, sebanyak 202 tan metrik nanas segar bernilai RM1.5 juta telah dieskport ke negara itu.

“Permintaan nanas keluaran Malaysia yang meningkat di China menandakan potensi eksport yang besar bagi pembekal nanas di negara ini.

“Malaysia menyasarka­n RM320 juta nilai eksport dengan jumlah pengeluara­n nanas sebanyak 700,000 tan metrik menjelang 2020,” kata syarikat itu.

Naza Agro telah menyertai inisiatif promosi ‘Malaysian Pineapple Business-toBusiness’ di Walmart Beijing, China, sebagai sebahagian daripada delegasi Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia.

Delegasi itu yang diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, merancang memperkena­lkan nanas yang dihasilkan di Malaysia serta ciri-ciri uniknya untuk pasaran pengguna China.

Naza Agro ditubuhkan pada 2014 dan terlibat dalam menghasilk­an buahbuahan tropika dengan menggunaka­n sistem agro berteknolo­gi tinggi dengan bioteknolo­gi termaju, sistem fertigasi rumah hijau, biobaja dan kaedah penanaman komersial. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia