Utusan Borneo (Sabah)

Serangan seksual: Kevin Spacey disiasat lagi

-

PEJABAT Peguam Daerah Los Angeles County sedang menyemak semula satu kes serangan seksual baharu membabitka­n pelakon yang memenangi anugerah Oscar dua kali, Kevin Spacey, kata pihak berkuasa Rabu lepas.

Menurut agensi berita Xinhua, Greg Risling, seorang jurucakap peguam daerah, telah dipetik oleh akhbar Los Angeles Times sebagai berkata siasatan yang disemak semula diterima Selasa lepas dari Jabatan Syerif L. A. County.

Laporan itu juga menyebut penyiasat dari pejabat syerif pada Mei lalu memulakan siasatan ke atas satu “serangan seksual melibatkan Encik Kevin Spacey” yang berlaku pada Oktober 2016.

Dalam kes ini, pelakon berusia 58 tahun itu (gambar) dituduh menyerang seorang lelaki di Malibu, sebuah bandar raya tepi pantai dalam daerah Los Angeles.

Ini adalah kes kedua yang dikemukaka­n kepada pejabat peguam daerah daripada penguatkua­sa undang-undang terhadap Spacey, yang sedang disiasat di Amerika Syarikat dan Eropah berhubung banyak dakwaan serangan seksual.

Bintang Discovery, Anthony Rapp, memulakan siri tuduhan terhadap Spacey pada tahun lepas, dengan mendakwa Spacey cuba menggodany­a di pangsapuri­nya di New York pada 1986 ketika Rapp berusia 14 tahun.

Akibatnya, Spacey yang dihantui skandal dipecat oleh khidmat striming, Netflix, dari barisan pelakon musim terakhir ‘House of Cards’ dan turut dipotong dari filem ‘All the Money in the World’.

Filemnya yang terkini ‘Billionair­e Boys Club’ gagal sama sekali pada hujung minggu lepas, dengan mengutip hanya AS$618 ribu sahaja dari 11 buah pawagam. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia