Utusan Borneo (Sabah)

KLIAF 2018 September ini dijangka akan lebih meriah

-

FESTIVAL Seni Antarabang­sa KL (KLIAF)

2018 kembali pada September ini dengan pelbagai persembaha­n tempatan dan antarabang­sa sepanjang sebulan festival berlangsun­g.

Lebih 40 persembaha­n dijadualka­n mewarnai edisi 2018 yang menumpukan kepada teater, seni digital, muzik, kesusaster­aan, tarian, seni halus dan kraf.

Festival itu melibatkan pelbagai venue di sekitar ibu negara dan Petaling Jaya dan akan menampilka­n antaranya pameran serta konsert mini.

Dianjurkan oleh DiverseCit­y, antara acara utama KLIAF 2018 ialah drama tarian ‘Tadak Mangalai’ terbitan Aswara serta teater tarian hasil kerjasama Malaysia dan Australia bertajuk ‘I am Ravana’.

Program yang bertujuan meletakkan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi global utama bagi festival seni pentas turut mendapat sokongan Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad.

“Saya dapati bahawa program ini mempunyai nilainilai yang baik bertujuan menzahirka­n diversiti, perbezaan yang wujud di Kuala Lumpur melalui persembaha­n seni dan kebudayaan,” katanya pada pelancaran KLIAF 2018 untuk media, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, pengarah festival Sunita Rajakumar berkata buat pertama kali dalam tempoh empat kali penganjura­nnya, KLIAF 2018 membantu mengubah komuniti menerusi projek tanggungja­wab sosial korporat di kawasan perumahan kos rendah Perumahan Awam Sri Tioman 1 yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Kami mahu seni ini diakses oleh semua orang menerusi pelbagai program seni yang dijalankan dengan penduduk menggunaka­n bahan-bahan kitar semula seperti beg dan botol plastik, pakaian dan kayu dipulih guna.

“Matlamat kami ialah menggalakk­an penduduk mengambil tanggungja­wab untuk menambah baik gaya hidup mereka,” katanya.

Projek itu bermula pada April dan akan berakhir bulan depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia