Utusan Borneo (Sabah)

GOL & GINCU VOL. 2 di pawagam pada 25 Oktober ini

-

TIGA belas tahun selepas filem dan siri GOL & GINCU dilancarka­n, watakwatak baru bakal membuka kisah baru yang telah ditamatkan dalam GOL & GINCU VOL. 2 pada 25 Oktober 2018 depan.

Gol & Gincu Vol. 2 akan memaparkan semula kisah pelajar-pelajar universiti yang terlalu mementingk­an diri sendiri dan dunia mereka sahaja. Bagaimanap­un, cerita kali ini sedikit berbeza dan menampilka­n isu semasa yang melibatkan penggunaan media sosial yang serius di kalangan generasi muda masa kini.

“Mereka yang berpengaru­h di media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan masyarakat. Menerusi media sosial, masyarakat bebas untuk menyuaraka­n pandangan mereka dan keadaan ini amat berbeza berbanding kehidupan yang dilalui generasi 13 tahun yang lalu. Media sosial memberi tekanan kepada kita untuk menjadi lebih cantik, lebih pandai, lebih berjaya, lebih kaya dan lebih alim,” kata Lina Tan, penerbit filem pada Majlis Pelancaran Gol & Gincu Vol. 2 yang diadakan di Pizza Hut, Empire City Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Gol & Gincu Vol.2 merupakan sebuah arahan sulung Umi Salwana Omar, yang berpengala­man mengarah pelbagai telefilem dan sitkom popular Oh My English! selain sebagai Penolong Pengarah bagi produksi terbitan Red Films antaranya seperti ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Songlap’ dan ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’.

Cerita yang diilhamkan oleh Rafidah Abdullah yang juga penulis asal Gol & Gincu telah diberi olahan segar oleh Nadia Khan, seorang novelis yang terkenal dengan novel terlaris beliau iaitu ‘Gantung’ dan ‘Kelabu’.

Gol & Gincu Vol. 2 mengisahka­n tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personalit­i mereka jauh berbeza.

Akibat tercetusny­a pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, keduadua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain.

Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalik­an oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah.

Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukka­n keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?

Menggandin­gkan pemenang anugerah Festival Filem Malaysia, Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama, Gol & Gincu Vol. 2 juga menampilka­n semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani di samping jejaka-jejaka pujaan ramai, Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf serta wajah baru iaitu Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyan­a Alaudin.

“Kami mengambil masa untuk membuat keputusan menerbitka­n semula jenama ini tetapi saya rasa inilah masa yang tepat kerana saya benar-benar mahu menghasilk­an semula filem tempatan dengan watak utama wanita yang kuat yang kurang diterbitka­n sejak akhirakhir ini.

“Kami juga ingin meraikan kepelbagai­an dan hubungan wanita di Malaysia dengan namanama yang dikenali dan pelakon baharu yang berbakat di samping memperkena­lkan seorang pengarah wanita,” kata Lina lagi.

Kombinasi set filem yang menyeronok­kan berlatarka­n adegan futsal dan elemen fesyen telah berjaya mendapat sokongan Pizza Hut, Libresse, Grab, Zalora, dan Laura Mercier yang merupakan penaja utama filem ini.

Semua jenama ini akan bekerjasam­a dengan Gol & Gincu Vol. 2 untuk menghasilk­an kempen yang menarik untuk memberi insentif kepada penonton dan mempromosi­kan filem itu.

Dihasilkan oleh Red Films, Gol & Gincu Vol. 2 turut didukung oleh Sonneratia Capital Sdn Bhd.

Selain itu, Astro Gempak akan menjadi hos kepada laman web rasmi Gol & Gincu Vol. 2 di mana mereka yang belum berpeluang menonton filem asal yang dihasilkan pada tahun 2005 dapat menyaksika­nnya dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai barisan pelakon, kisah di sebalik tabir dan pelbagai promosi hebat Gol & Gincu Vol. 2.

Untuk maklumat terkini mengenai Gol & Gincu Vol. 2 ikuti @GolGincu2 dan #GolGincu2 di laman Facebook, Instagram, dan Twitter atau kunjungi www.golgincu2.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia