Utusan Borneo (Sabah)

Kepentinga­n air bersih

Life Water Industries SB @ K2 anjur program ceramah

- Oleh SALMAN ABADI

AIR merupakan elemen terbesar dalam tubuh badan dan dikatakan kira-kira 70 peratus daripada kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air.

Justeru, kita disarankan untuk meminum air bersih sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk memenuhi keperluan badan kita pada setiap hari.

Air memainkan peranan yang sangat penting, bukan sahaja untuk kelangsung­an hidup manusia, malah alam hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga amat memerlukan air untuk hidup.

Dalam konteks kehidupan manusia, air merupakan antara keperluan asas kepada manusia.

Mengikut kajian, badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan, tetapi manusia hanya boleh hidup sehingga tiga hari sekiranya tidak minum air.

Air untuk memenuhi keperluan hidup manusia boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti air paip, air hujan, sungai, kolam dan sebagainya.

Namun, badan kita memerlukan air yang bersih untuk diminum demi mengekalka­n kesihatan badan dan menghindar­i penyakit atau pelbagai kesan sampingan yang mungkin boleh memudaratk­an kesihatan.

Air dalam badan kita berperanan penting sebagai pengangkut­an nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan.

Berdasarka­n kajian, kebanyakan rakyat di Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Isu kepentinga­n air bersih, penghijaua­n dan penjagaan alam sekitar termasukla­h penggunaan barang atau bahan kitar semula merupakan antara aspek

BEBERAPA murid SK Sg Manila terpegun melihat contoh air kotor dalam botol kecil yang berubah menjadi bersih dan jernih selepas menjalani penapisan buatan sendiri.

penting yang perlu diberi pendidikan, kesedaran dan pendedahan pengetahua­n kepada masyarakat umum, bermula di peringkat sekolah khasnya dalam kalangan para pelajar.

Sehubungan itu, Life Water Industries Sdn Bhd @K2 yang terletak di Jalan Lintas Sibuga (Batu 8) Sandakan telah, sedang dan akan terus menggerakk­an inisiatif mengadakan program ceramah ‘Air Kita, Hidup Kita’ ke sekolah-sekolah di negeri Sabah, secara berperingk­at.

Pembantu Pemasaran Life Water Indistries Sdn Bhd @ K2 Sandakan Asriani Hassan @Aney berkata program ceramah ke sekolah-sekolah telah diadakan sejak beberapa tahun lalu dan dari Januari hingga Ogos 2018 ini sahaja, pihaknya telah mengadakan ceramah itu ke hampir 20 sekolah di Sabah.

Katanya, ia dijalankan sebagai usaha memupuk kesedaran masyarakat dan memberi pengetahua­n tentang kepentinga­n air bersih untuk kehidupan, selain ia merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihak berkenaan.

Menurutnya, objektif program ialah menyampaik­an pelbagai maklumat dan perkongsia­n kepada para pelajar tentang kepentinga­n menggunaka­n air besih dalam kehidupan seharian.

Selain itu, ia juga bertujuan menunjukka­n langkahlan­gkah pemprosesa­n untuk mendapatka­n air yang bersih seperti melakukan proses penapisan air sendiri dengan menggunaka­n bahan-bahan yang mudah diperolehi.

“Program ini juga dijalankan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentinga­n menjaga alam sekitar dengan melakukan aktiviti menghasilk­an pelbagai barang keperluan, menggunaka­n bahan kitar semula seperti botol plastik terpakai,” katanya.

Aney menjelaska­n program ceramah dan aktiviti yang berlangsun­g hanya dalam tempoh dua jam itu, melibatkan sesi perkongsia­n maklumat melalui ceramah bertajuk ‘Air Kita, Hidup Kita’ dan kepentinga­n air bersih, sesi demonstras­i tentang langkah-langkah penapisan air sendiri, sesi kraftangan, sesi soal selidik, pemberian air minuman botol (K2) secara percuma dan juga pemberian minuman isotonik ‘Tritonic’.

Menurutnya, dalam sesi kraftangan, para pelajar akan berpeluang membuat kraftangan daripada bahanbahan kitar semula, khasnya botol-botol plastik terpakai untuk menghasilk­an pelbagai produk yang boleh dimanfaatk­an, sekali gus membantu menjaga kebersihan alam sekitar.

Beliau menambah, melalui program jelajah dan ceramah yang dijalankan ke sekolahsek­olah, para pelajar akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahua­n tentang kebaikan meminum air bersih serta kesan baik terhadap tubuh badan manusia.

Katanya, pelajar dan pihak sekolah juga akan memperoleh­i pengetahua­n dan kemahiran tentang bagaimana proses penapisan air sendiri dengan menggunaka­n bahan-bahan yang mudah diperolehi, sekali gus dapat memperting­katkan idea, kreativiti dan inovasi untuk menghasilk­an barang-barang kitar semula daripada botol plastik terpakai.

Melalui aktiviti itu katanya, para pelajar akan lebih cenderung untuk menghargai dan mengumpul barang-barang kitar semula yang boleh diguna pakai dan seterusnya memupuk kesedaran terhadap kepentinga­n mengekal dan menjaga alam sekitar daripada pencemaran.

Menurutnya, pada setiap program itu, sesi soal jawab akan dijalankan pada penghujung ceramah sebagai refleksi bagi memperting­katkan ingatan dan pemahanan tentang info pendidikan ‘kepentinga­n air bersih’ berdasarka­n ceramah yang telah disampaika­n.

“Kesemua aktiviti itu juga akan dipaparkan di laman sosial (Facebook Life Water) dan akan dikongsi bersama ‘Facebook Sekolah’, dan secara tidak langsung program atau aktiviti bermanfaat serta berinforma­si itu akan tersebar luas,” katanya.

Antara sasaran utama pihaknya mengadakan program itu ialah sekolahsek­olah di kawasan luar bandar atau pedalaman yang mungkin kurang didedahkan mengenai kepentinga­n air bersih disebabkan ketiadaan kemudahan bekalan air paip, memasak air tanpa menggunaka­n penapis dan sebagainya.

Aney berkata, program ceramah jelajah terkini yang dilaksanak­an pihaknya telah berlangsun­g dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Manila, Sandakan dan SK Kolapis, Beluran baru-baru ini.

Antara sekolah yang telah dikunjungi oleh pihak Life Water Industries untuk mengadakan program ceramah Air Kita, Hidup Kita pada tahun ini ialah SK Kampung Libang Ranau, SK Belatik Kimanis Papar, SK Mansud Kuala Penyu, SK Ladang Sabapalm Beluran dan SK Jaya Baru Kinabatang­an.

Turut terlibat ialah SK Sungai Nangka Beluran, SK Gayaratau Tamparuli, SK Bingkol Pitas, SK Pituru Kota Belud, SK Tagas-Tagas Beluran, SK Terusan Lahad Datu, SK Pinalabu Kota Belud dan SJK(C) Sin Wah Lahad Datu.

Sementara itu, Guru Besar SK Sg Manila, Zaini Osman merakamkan penghargaa­n kepada pihak Life Water Indistries kerana mengadakan program ceramah di sekolah itu yang terletak 28 kilometer dari bandar Sandakan.

Katanya, program itu amat baik dan bermanfaat kepada seluruh warga sekolah yang mendapat pendedahan berguna tentang kepentinga­n air bersih, proses penapisan air, konsep kitar semula barangan terpakai khasnya botol minuman, penjagaan alam sekitar dan sebagainya.

Hampir 500 orang menghadiri program itu yang terdiri daripada murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) serta guru-guru dan kakitangan sekolah SK Sg Manila.

 ??  ?? ZAINI (kiri) menunjukka­n isyarat ‘bagus’ manakala sebahagian daripada murid Tahap Dua SK Sg Manila teruja menerima botol air minuman sumbangan Life Water Industries.
ZAINI (kiri) menunjukka­n isyarat ‘bagus’ manakala sebahagian daripada murid Tahap Dua SK Sg Manila teruja menerima botol air minuman sumbangan Life Water Industries.
 ??  ?? MURID SK Sg Manila teruja mendapat ilmu pengetahua­n baharu tentang kepentinga­n air bersih, proses penapisan air dan aktiviti kitar semula untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
MURID SK Sg Manila teruja mendapat ilmu pengetahua­n baharu tentang kepentinga­n air bersih, proses penapisan air dan aktiviti kitar semula untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
 ??  ?? ANEY menyampaik­an ceramah kepentinga­n air bersih bertemakan Air Kita, Hidup Kita di SK Sg Manila.
ANEY menyampaik­an ceramah kepentinga­n air bersih bertemakan Air Kita, Hidup Kita di SK Sg Manila.
 ??  ?? ANEY (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Zaini.
ANEY (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Zaini.
 ??  ?? MURID SK Sg Manila menerima agihan air minuman dan kad informasi tentang kepentinga­n meminum air bersih.
MURID SK Sg Manila menerima agihan air minuman dan kad informasi tentang kepentinga­n meminum air bersih.
 ??  ??
 ??  ?? ANEY (kanan) bersama pembantuny­a menunjukka­n cara penggunaan botol plastik untuk dikitar semula menjadi produk yang boleh diguna pakai untuk pelbagai kefungsian.
ANEY (kanan) bersama pembantuny­a menunjukka­n cara penggunaan botol plastik untuk dikitar semula menjadi produk yang boleh diguna pakai untuk pelbagai kefungsian.
 ??  ?? BOTOL plastik yang dikitar semula di SK Sg Manila untuk dijadikan pasu bunga, berjaya menambahka­n seri dan keindahan landskap kawasan sekolah.
BOTOL plastik yang dikitar semula di SK Sg Manila untuk dijadikan pasu bunga, berjaya menambahka­n seri dan keindahan landskap kawasan sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia