Utusan Borneo (Sabah)

GPS perjuang, pertahan hak penduduk Sarawak

Hanya orang Sarawak betulbetul fahami aspirasi, kemahuan penduduk Sarawak: Fatimah

-

MUKAH: Entiti baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal memperjuan­g serta mempertaha­n semua hak penduduk Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata hanya orang Sarawak betul-betul memahami aspirasi serta kemahuan penduduk Sarawak.

“Sebab itulah GPS ditubuhkan dan kita perjuangka­n hak orang Sarawak habis-habisan,” katanya pada perasmian Taklimat Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 di Dalat pada Sabtu.

Menurutnya, bukan sahaja hak berkaitan galian minyak dan gas namun merangkumi semua hal berkaitan hak rakyat Sarawak yang termaktub dalam perlembaga­an serta undang-undang.

Katanya, salah satunya ialah OMO58 bagi memperting­katkan pendapatan dan membangunk­an kawasan luar bandar serta kemudahank­emudahan lain di Sarawak.

“Peruntukan diberi selalunya tidak cukup untuk semua perkara termasuk bekalan air, elektrik, jalan raya, sekolah dan banyak lagi,” jelasnya.

Melalui OMO58, hal itu dapat diselesaik­an dan wang itu akan disalurkan bagi menampung kekurangan yang diberi selama ini.

“Apa pun, minyak dan gas tetap hak kita dan kita harus tuntut apa yang dikatakan milik kita,” ujarnya.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, beliau menyatakan sokongan penuh harus diberikan kepada Ketua Menteri Datuk Patingi Abang Johari Tun Openg dalam usaha memperkasa hak Sarawak.

Taklimat diberi oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hasidah dalam taklimatny­a menerangka­n mengenai OMO58 dari segi sejarah dan serba sedikit mengenai hak Sarawak.

Beliau turut memberitah­u bahawa Kerajaan Sarawak sedang mengadakan rundingan dengan Petronas mengenai hal itu dan boleh dikatakan mempunyai perkembang­an positif.

Sesi penerangan mengenai OMO58 juga salah satu daripadaje­rayawaradi­lakukan secara bersiri di seluruh Sarawak.

“Sebab itulah GPS ditubuhkan dan kita perjuangka­n hak orang Sarawak habishabis­an.

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? FATIMAH (berdiri baris kedua, tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Dalat sambil disaksikan Sharifah Hasidah (berdiri, baris kedua, empat kanan) dan yang lain.
FATIMAH (berdiri baris kedua, tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Dalat sambil disaksikan Sharifah Hasidah (berdiri, baris kedua, empat kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia