Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak dijangka nikmati liputan elektrik 24 jam sepenuhnya pada 2020

-

KUCHING: Rakyat Sarawak dijangka akan menikmati liputan bekalan elektrik 24 jam sepenuhnya pada 2020, lebih awal berbanding sasaran awal iaitu menjelang 2025.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi yang optimis dengan perkara ini berkata setakat 2018, Sarawak telah mencapai 91 peratus liputan bekalan elektrik.

Baki 9 peratus lagi atau 30,000 isi rumah yang belum disalurkan dengan bekalan elektrik katanya, sedang giat diusahakan.

“Kebanyakan isi rumah yangbelumm­enerimabek­alan elektrik ini ialah di kawasan luar bandar terpencil.

“Manakala di kawasan luar bandar yang berdekatan dengan kawasan pekan, dapat kita salurkan terus melalui grid utama yang kita ada pada hari ini.

“Untuk makluman, grid keduahampi­rsiapsepen­uhnya dan akan dilancarka­n dalam masa terdekat, yang mampu membekalka­n 500 kilowatt sejam (kWh) dari Sematan hingga ke Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Pusat Komuniti Pantai Damai di Dataran Buntal, Jalan Sultan Tengah di sini pada Sabtu.

Bagi memastikan liputan bekalan elektrik dapat disalurkan ke seluruh negeri, kerajaan katanya, telah mewujudkan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) yang dimulakan pada 2016.

Katanya, sejak pelaksanaa­n SARES, kebanyakan kawasan luar bandar terpencil telah dapat disalurkan dengan bekalan elektrik menggunaka­n sistem solar.

Jika dahulu katanya, mereka menggunaka­n alat penjana kuasa yang mahal dari segi penyelengg­araan serta banyak kelemahan lain berbanding SARES yang tidak memerlukan mereka mengeluark­an dana kerana dibiayai Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Energy.

“Harapan kita apabila selesai grid utama kedua dan SARES ini, kita akan dapat menyalurka­n bekalan elektrik ke seluruh Sarawak lebih awal daripada sasaran tahun 2025,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)PantaiDama­i terkilan dengan kenyataan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun untuk menilai semula projek yang telah diluluskan di Sarawak.

Menurut Dr Abdul Rahman, semua projek yang telah diluluskan di Sarawak adalah penting dan tidak ada rakyat Sarawak yang tidak mahu projekproj­ek ini diteruskan seperti yang didakwa oleh menteri berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia