Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam tulang belakang negara, jalan tugas penuh integriti

Penjawat awam tulang belakang negara

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penjawat awam khususnya anggota beruniform merupakan tulang belakang negara selain memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaa­n undangunda­ng negara.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong menyeru golongan berkenaan agar menjalanka­n tugas yang diamanahka­n secara berintegri­ti dan tanpa penyelewen­gan.

Katanya, isu-isu berkaitan penyalahgu­naankuasa,pecah amanah, rasuah ataupun penyelewen­gan tidak patut dibiarkan berlaku.

Ia kerana katanya, perbuatan rasuah umpama kanser yang boleh merosakkan masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha Bersama Anggota Unit Beruniform Batu Sapi di perkaranga­n lot kedai Taman Vista, Jalan Lintas Sibuga, di sini pada Ahad.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Rakyat Batu Sapi itu dihadiri kira-kira 300 wakil anggota unit beruniform.

Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata kerajaan Pakatan Harapan akan terus komited dalam memerangi gejala rasuah dan tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu.

“Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melarang kerajaan terlibat dalam gejala rasuah sebaliknya perbuatan itu perlu dibendung sebelum berleluasa,” katanya.

Berikutan itu, pihak kerajaan telah pun mengemukak­an beberapa inisiatif bagi menghalang penularan rasuah dalam kalangan rakyat termasuk penubuhanP­usatGovern­ans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang memainkan peranan dalam menyelaras serta memantau semua aktiviti yang berkaitan.

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri juga bertanggun­gjawab dalam merancang, menggubal dan menilai polisi negara untuk memastikan segala urusan kerajaan dilaksanak­an tanpa penyelewen­gan dan perbuatan rasuah.

Dasar tidak terima hadiah juga dilaksanak­an di peringkat akar umbi iaitu penjawat awam dan bakal melibatkan menteri sehingga setiausaha politik.

Mengenai majlis itu, Liew berkata ia bertujuan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di antara pemimpin dengan anggota unit beruniform.

“Pengorbana­n anggota unit beruniform terutamany­a dalam bidang keselamata­n amat besar bahkan negara tidak mungkin mencapai kemerdekaa­n tanpa mereka.

“Oleh itu, majlis diadakan untuk menghargai jasa serta pengorbana­n anggota beruniform seperti polis, askar, Rela, bomba dan sebagainya,” katanya.

“Pengorbana­n anggota unit beruniform terutamany­a dalam bidang keselamata­n amat besar bahkan negara tidak mungkin mencapai ” kemerdekaa­n tanpa mereka. DATUK LIEW VUI KEONG Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

 ??  ?? LIEW (lima, kiri) bersama wakil unit beruniform pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha Bersama Anggota Unit Beruniform P.185 Batu Sapi.
LIEW (lima, kiri) bersama wakil unit beruniform pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha Bersama Anggota Unit Beruniform P.185 Batu Sapi.
 ??  ?? LIEW (kanan) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada wakil unit beruniform.
LIEW (kanan) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada wakil unit beruniform.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia