Utusan Borneo (Sabah)

SK Pegagau muncul juara Piala YBR-KPM

Kejohanan Bola Sepak 7S Bawah 11 Tahun YBR-KPM daerah Semporna

- Oleh SALMAN ABADI

SEMPORNA: Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Pegagau muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah (7S) Bawah 11 Tahun Piala Yayasan Bank Rakyat (YBR-KPM) peringkat daerah Semporna, di sini baru-baru ini.

Kejohanan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Bank Rakyat dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK/Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna.

SK Pegagau menjuarai kejohanan itu selepas muncul juara Kumpulan B sebelum beraksi cemerlang dalam Divisyen 1 (kumpulan menang) melibatkan juarajuara Kumpulan A, B, C dan D.

Pada peringkat kumpulan, SK Pegagau membelasah pasukan SK Tg Kapor A 5 - 0 sebelum mengalahka­n pasukan SK Terusan Tengah 4 - 1 untuk muncul juara kumpulan B dan seterusnya bersaing dengan pasukan SK Pekan 2, SK Tanjung Kapor A dan SK Berpusat Bum-bum dalam peringkat divisyen 1.

Naib johan keseluruha­n disandang oleh pasukan SK Pekan 2 Semporna, manakala tempat ke-3 dan ke-4 masingmasi­ng disandang oleh pasukan SK Tanjung Kapor A dan SK Berpusat Bumbum, Semporna.

SK Pegagau berjaya menghasilk­an 16 gol dalam lima perlawanan sepanjang kejohanan itu selepas seri tanpa jaringan dengan pasukan SK Pekan 2, sebelum menundukka­n SK Tanjung Kapor A 4 – 1 dan menewaskan SK Berpusat Bum-bum 1 – 0 pada perlawanan terakhir divisyen 1.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Semporna, Zul Ahmad Kasuagi berkata sebanyak 11 pasukan mengambil menyertai kejohanan dua hari itu yang dijalankan secara liga dalam kumpulan dan dipertandi­ngkan dalam dua pusingan (kumpulan dan divisyen 1, 2 dan 3).

Turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu ialah SK Bangau-bangau, SK Bubul A dan B, SK Bugaya, SK Balimbang dan SK Tanjung Kapor B.

Katanya, kejohanan itu antara lain bertujuan mencungkil bakat dan potensi para pelajar dalam sukan bola sepak untuk diketengah­kan ke peringkat seterusnya, sekali gus memilih pasukan sekolah untuk mewakili daerah Semporna ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2018 YBR-KPM peringkat negeri Sabah yang akan diadakan di Telupid pada 7 – 9 September depan.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat Semporna dan juga semua sekolah yang terlibat mengambil bahagian pada kejohanan itu yang kebanyakan­nya melibatkan murid Tahun 5 atau 11 tahun ke bawah.

Zul Ahmad yang juga Penyelia Sukan PPD Semporna merasmikan penutupan kejohanan itu manakala penyampaia­n hadiah dan sijil kepada para pemenang dan peserta kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Bank Rakyat daerah Semporna.

Dalam pada itu, sebanyak 24 pasukan yang mewakili 24 daerah (PPD) seluruh Sabah dijangka mengambil bahagian pada kejohanan peringkat negeri di Telupid.

Pasukan yang mewakili setiap daerah merupakan pemenang di peringkat daerah masing-masing berdasarka­n pasukan sekolah.

Selain SK Pegagau yang mewakili daerah Semporna, antara pasukan lain yang sudah mengesahka­n tempat untuk mewakili daerah dan bersaing di peringkat negeri di Telupid (7 - 9 September) ialah SK Taman Rimba Sandakan, SK Pekan 2 Ranau, SK Pekan Menumbok Kuala Penyu, SK Likas Kota Kinabalu, SK Tambulion Kota Belud, SK Meligan Sipitang, SK Bandar Tawau, SK Silam Lahad Datu dan SK Tansau Penampang.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pemain 11 pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Bola Sepak 7S YBR-KPM peringkat daerah Semporna bergambar kenangan selepas majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah serta sijil penyertaan kejohanan itu.
SEBAHAGIAN daripada pemain 11 pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Bola Sepak 7S YBR-KPM peringkat daerah Semporna bergambar kenangan selepas majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah serta sijil penyertaan kejohanan itu.
 ??  ?? WAKIL Bank Rakyat Semporna diiringi Zul Ahmad menyampaik­an sijil penyertaan kepada semua sekolah yang bertanding.
WAKIL Bank Rakyat Semporna diiringi Zul Ahmad menyampaik­an sijil penyertaan kepada semua sekolah yang bertanding.
 ??  ?? SK PEGAGAU (juara daerah) akan mewakili Semporna ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah YBR-KPM peringkat negeri Sabah 2018 di Telupid.
SK PEGAGAU (juara daerah) akan mewakili Semporna ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah YBR-KPM peringkat negeri Sabah 2018 di Telupid.
 ??  ?? WAKIL Bank Rakyat Semporna menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Zul Ahmad Kasuagi (kanan).
WAKIL Bank Rakyat Semporna menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Zul Ahmad Kasuagi (kanan).
 ??  ?? SK PEKAN 2 Semporna muncul naib juara peringkat daerah Semporna.
SK PEKAN 2 Semporna muncul naib juara peringkat daerah Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia