Utusan Borneo (Sabah)

KPI KEMASKINI JANS

Teliti operasi penyelengg­araan 58 loji air

- Oleh JOHN TAMBANAN Bersambung di A2

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (KPI) telah melakukan penstruktu­ran semula bagi mengemaski­ni kedudukan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Ia termasukla­h pelantikan pengarah baharu JANS dan penambahba­ikan dari segi keseluruha­n termasuk jurutera daerah dan sebagainya.

“Ia kerana, semua orang tahu sebelum ini kedudukan JANS tercemar teruk. Bila kita buka air, duit keluar,” katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan KPI di Sembulan, di sini pada Isnin.

Sidang media itu turut dihadiri Pengarah JANS Amarjit Singh dan Ketua Unit Hal Ehwal Korporat JANS Uilina Passon.

Peter berkata, bagi memulihkan keadaan itu, KPI perlu membuat penambahba­ikan termasuk melantik seorang pengarah yang mempunyai pengalamam luas dan mampu membuat penjimatan duit rakyat, bagi mengurangk­an kos dan dari segi keuntungan yang akan disumbangk­an kepada negeri Sabah.

“Contohnya, kita juga akan membuat penelitian semula operasi penyelengg­araan ke atas 58 loji air di seluruh negeri, yang pada masa lalu begitu kontrovers­i.

“Kerajaan terdahlu membenarka­n operasi penyelengg­araan dengan syarikat-syarikat yang dilantik tidak perlu mengeluark­an apa-apa modal dan kerajaan terpaksa membayar melalui rekod kontrak yang ada pada masa ini,” jelasnya.

Menurutnya, keseluruha­n kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat itu selama 20 tahun berjumlah RM3.7 bilion.

“Melalui rekod yang kita ada ini, sebanyak RM186 juta setahun diperuntuk­kan kepada 58 loji. Ini melibatkan angka yang begitu besar yang perlu ditanggung kerajaan negeri.

“Saya percaya di bawah penstruktu­ran semula, pelantikan semula ataupun pengenalan kaedah baharu bagaimana kita mengurus tadbir masalah air di negeri ini, kadar penguranga­n dan sebagainya akan dapat dilakukan dan ia akan menguntung­kan kerajaan negeri.

“Lebih-lebih lagi yang melibatkan urusan pada ketika ini. Kita tahu bekalan air tanpa hasil (NRW) kita terlalu tinggi dan itulah yang akan menjadi fokus utama kepada jentera yang diketuai pengarah baharu JANS,” katanya.

Peter berkata, kerajaan berharap dalam jangkamasa enam bulan hingga satu tahun ini akan berlaku perubahan besar yang akan menguntung­kan negeri Sabah.

“Jadi, kalau ada spekulasi sebelum ini kenapa kerajaan tidak melantik jurutera daripada kalangan penjawat awam yang sedia ada, ia kerana rakyat sedia maklum bahawa ramai jurutera air sebelum ini terlibat dalam siasatan.

“Saya percaya di bawah seliaan pengarah baharu kita akan melakukan sesuatu secara terbuka yang lebih menguntung­kan kerajaan dan rakyat,” katanya.

Menurut Peter, operasi penyelengg­araan masih di peringkat SPRM dan laporan telah dibuat bagaimana kontrak itu dimeterai sedangkan ia berat sebelah.

“Sebab itu, dahulu bila kita buka air duit keluar di Jabatan Air bertong-tong sehingga mencecah RM80 juta. Kes ini belum diselesaik­an hingga sekarang.

“Saya minta SPRM masuk dan buka semula fail. Apa sudah jadi dan kenapa Ketua Menteri dahulu tidak disiasat, kenapa menteri KPI dahulu tidak disiasat. Siasat mereka, kembalikan duit itu kepada kerajaan,” tegasnya.

P eter berkata, kerajaan baharu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal bersifat terbuka, inklusif dan bersedia menerima apa juga teguran untuk penambabai­kan

“Kita maklumkan kepada rakyat ketelusan dan kejururan walaupun masih baru, tapi kita buka keseluruha­n yang melibatkan ketirisan, bukan sahaja di Jabatan Air malah di semua jabatan peringkat KPI akan dibuat penstruktu­ran semula.

“Itu adalah misi utama saya selalu menteri KPI yang baharu,” katanya.

 ??  ?? Peter (duduk) semasa sidang media. Turut hadir Amarjit dan Uilina.
Peter (duduk) semasa sidang media. Turut hadir Amarjit dan Uilina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia