Utusan Borneo (Sabah)

Program I-solat dapat penyertaan menggalaka­n

-

RANAU: Program I-solat yang diadakan SK Lohan di sini telah mendapat penyertaan menggalaka­n daripada seramai 60 pelajar rekolah rendah dari dalam dan luar daerah.

Antara sekolah yang terlibat bersama Rumah Ngaji Sabah (Ngaji), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Ranau dan Persatuan Persaudara­an Muslimah Malaysia (Salimah) Ranau ialah SK Lohan, SK Tibabar, SK Kinasaraba­n, SK Pinousuk, SK Pekan Dua, SK Kundasang, SK St Benedict, SKK Kilimu, SJKC Pai Wen, SK Tungou, SK Pekan, SK Tagudon Lama, SKK Perancanga­n, SK Kaingaran dan SK Narawang.

Sementara sekolah dari luar daerah ialah SK Kg Jawa Tawau, SK Mutiara Kota Kinabalu, SK Luyang Kota Kinabalu, Sri AlHafiz Bandar Sierra dan Taska Tunasari.

Pengerusi PPIM Daerah Ranau yang juga Pengerusi Salimah Ranau Ustazah Hamidah Abdul Hamid memberitah­u program yang julungkali diadakan itu memfokuska­n iman, insan dan ibrah menerusi Kuliah Ilmu, Ibrah Surah-Surah Lazim, Tahsin Solat dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Beliau berharap program itu dapat memberi kefahaman mengenai konsep solat dalam kehidupan sekali gus menjelaska­n kepada peserta teori dan amali solat, selain mempraktik­kan tatacara solat yang betul serta melatih peserta melakukan ibadah dengan kesedaran sendiri.

Beliau seterusnya mengajak para peserta agar bersamasam­a menatijahk­an usaha dan harapan supaya program I-solat itu dijadikan sebagai amalan murni demi kecemerlan­gan hidup di dunia dan di akhirat.

“Program I-solat ini menjadi benteng bagi seorang muslim daripada melakukkan sesuatu yang menyalahi konsep kehidupan sebagai seorang Islam,” jelasnya sambil berterima kasih kepada para fasilitato­r dan guru pengiring peserta dari setiap sekolah yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia