Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sandakan selesai 31 kes

Tahan 16 lelaki terlibat curi harta benda, pecah rumah, ragut dan samun

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis Sandakan telah berjaya menyelesai­kan 31 kes jenayah di sekitar daerah ini dalam lapan siri tangkapan sepanjang Ogos ini.

Seramai 16 suspek terdiri daripada 14 warga tempatan dan dua warga asing berumur

Ketua Polis Daerah

16 hingga 60 tahun ditahan berasingan kerana melakukan kegiatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata sepanjang bulan Ogos ini pihaknya telah melakar kejayaan berterusan bagi membasmi kejadian jenayah secara proaktif khususnya menjaga kepentinga­n awam.

Pihaknya yang menjalanka­n Op Cantas, Op Pintu, Op Lejang dan Op Pencegahan Jenayah telah menahan lima individu serta tiga kumpulan dalam lapan siri tangkapan yang terlibat dengan kegiatan curi harta benda, pecah rumah, ragut dan samun.

“Dalam lapan tangkapan itu, seramai 16 orang ditahan yang mana 13 daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu dan enam lagi mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.

Beliau berkata daripada enam yang mempunyai rekod jenayah itu, salah seorang mempunyai tujuh

“Dalam lapan tangkapan itu, seramai 16 orang ditahan yang mana 13 daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu dan enam lagi ” mempunyai rekod kesalahan lampau. ASISTEN KOMISIONER (ACP) MOHD AZHAR HAMIN

rekod jenayah termasuk kes dadah.

Azhar berkata pihaknya telah merampas 45 unit barangan termasuk sebuah kenderaan digunakan untuk kegiatan jenayah yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM99 ribu.

“Kesemua tangkapan terbabit direman untuk siasatan lanjut mengikut Sekyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 kanun yang sama serta Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sandakan, Balai Polis Bandar Sandakan, petang Isnin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Abdul Fuad Abdul Malek, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Rosdi Mat Jusoh dan pegawai kanan JSJ IPD Sandakan.

Azhar mengucapka­n terima kasih kepada orang awam atas kerjasama dalam menyalurka­n maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkap­nya penjenayah terbabit.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati orang awam agar lebih berhati-hati ketika membeli barangan daripada orang perseorang­an pada harga yang murah, tidak kira secara langsung atau melalui media sosial, atau online.

“Ini kerana, jika ditangkap membeli atau memiliki harta curi, seseorang itu boleh dikenakan tindakan undangunda­ng mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414, kanun yang sama,” katanya.

Beliau berkata operasiope­rasi pencegahan jenayah akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan pihaknya amat menggalakk­an masyarakat di taman-taman perumahan agar membuat rondaan bagi membantu pihak polis.

 ??  ?? AZHAR (tengah) bersama Supt Abdul Fuad (dua kiri) menunjukka­n besi pecah rumah serta barang kes yang berjaya dirampas.
AZHAR (tengah) bersama Supt Abdul Fuad (dua kiri) menunjukka­n besi pecah rumah serta barang kes yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia