Utusan Borneo (Sabah)

Pecah amanah: Bekas peguam kena tujuh tahun

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin bagi kesalahan pecah amanah lebih RM22,000 milik pelanggann­ya berhubung urusan pembelian sebuah rumah, empat tahun lepas.

Hakim Datuk A h mad K amal Arifin Ismail menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yap Ooi Lye, 38, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes hari ini.

Mahkamah memerintah­kan wanita itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 April 2017.

Tertuduh didakwa sebagai seorang peguam bela dan peguam cara firma yang diamanahka­n dengan penguasaan wang akaun pelanggan firma HSBC Bank telah melakukan pecah amanah RM22,286.67 yang dibayar oleh Zarith Sofia Nordin, 33, bagi urusan membeli sebuah rumah di Lot Pt 1136, Hulu Selangor, No. 7 Jalan Tempua, Sg Perumahan Tempua Bestari, Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di firma guaman Tetuan Jenny Yap & Associates di Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan Kepong di sini antara Mei 2014 dan Mac 2016.

Yap didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama, selain mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius.

“Tertuduh sebelum ini telah disabitkan dengan beberapa kes pecah amanah dan telah dijatuhkan hukuman. Dia sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan sama (pecah amanah),” katanya.

Bagaimanap­un, Yap yang diwakili Peguam, P.G Cyril memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya sudah menyesal.

“Anak guam saya tidak lagi boleh meneruskan karier sebagai peguam malah firma guamannya telah diambil alih oleh Majlis Peguam Malaysia. Tertuduh juga tidak boleh membayar denda atau pampasan kerana mempunyai masalah kewangan,” katanya.

Pada 10 Julai lepas, Yap dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah wang berjumlah hampir RM60,000 milik pelanggann­ya berhubung urusan pembelian sebuah rumah, empat tahun lepas.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia