Utusan Borneo (Sabah)

Warga SK Sungai Bedaun jayakan ibadah korban

-

LABUAN: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bedaun tidak ketinggala­n untuk melaksanak­an program ibadah korban dan aqiqah pada Khamis.

Program itu telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Bedaun dan mendapat sambutan daripada warga sekolah.

Tujuh bahagian kor bandan aqiqah telah dilaksanak­an sempena sambutan Aidiladha 1439H.

Warga Kg Sungai Bedaun turut menjayakan program ibadah korban bersama guru-guru, AKP dan AJK PIBG SK Sungai Bedaun.

Murid-murid yang layak juga telah dimaklumka­n awal untuk menerima daging korban pada hari berkenaan.

Guru-guru yang telah menyertai korban dan aqiqah anjuran SK Sungai Bedaun ialah Ustaz Sahrum Samlan, Noor Farehin Mohd Yusuf, Juniah Mohamad, Hernih Salam, Faridah Liasmat dan Norlisa Rusly.

Kerjasama warga Kg Sungai Bedaun membantu melancarka­n proses sembelihan dan pengurusan daging korban.

Warga guru dan AKP SKSB turut hadir membantu dan memeriahka­n majlis Ibadah Korban peringkat SK Sungai Bedaun pada tahun ini.

Guru Besar SK Sungai Bedaun Dg Sarifah A Mahmod mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam, guru-guru, AKP dan warga Kg Sungai Bedaun yang telah menjayakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah sempena Sambutan Aidiladha anjuran SK Sungai Bedaun 1439H.

“Menerusi program ibadah korban itu, ia dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im dalam kalangan warga SK Sungai Bedaun dan penduduk Kg Sungai Bedaun. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustaz Mohd Satalmizi Ismail bersyukur ibadah korban pada tahun ini mendapat kerjasama yang padu bukan sahaja daripada warga sekolah tetapi juga masyarakat Kg Sungai Bedaun.

“Saya bersyukur ibadah korban pada tahun ini mendapat sokongan yang amat menggalakk­an daripada warga SK Sungai Bedaun dan Kg Sungai Bedaun,” katanya yang juga penyelaras program.

Proses penyembeli­han telah disempurna­kan oleh Imam Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun Haji Minggu Haji Matnoh.

Turut hadir, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Bedaun Wiwik Sudirman.

 ??  ?? DG Sarifah dan Wiwik bersama guru-guru serta murid-murid yang menerima daging korban.
DG Sarifah dan Wiwik bersama guru-guru serta murid-murid yang menerima daging korban.
 ??  ?? DG Sarifah dan Wiwik bersama guru-guru yang hadir.
DG Sarifah dan Wiwik bersama guru-guru yang hadir.
 ??  ?? MURID menerima daging korban daripada Dg Sarifah sambil diperhatik­an oleh Mohd Satalmizi.
MURID menerima daging korban daripada Dg Sarifah sambil diperhatik­an oleh Mohd Satalmizi.
 ??  ?? WARGA Kg Sungai Bedaun bersama guru-guru menyempurn­akan ibadah korban.
WARGA Kg Sungai Bedaun bersama guru-guru menyempurn­akan ibadah korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia