Utusan Borneo (Sabah)

Lambang kesatuan, semangat kental

‘Sabah Merdeka Walk’ peringati kemerdekaa­n, serlah patriotism­e

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: ‘Sabah Merdeka Walk’ (perarakan kemerdekaa­n Sabah) yang melibatkan kira-kira 200 peserta di sini pada Ahad menunjukka­n generasi muda di negeri ini memiliki semangat patriotik yang tinggi untuk memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n Sabah sebelum penandatan­ganan pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

Pengelola program peringkat negeri, Jalumin Bayogoh berkata program simbolik bebas dari penjajahan itu berjaya menyatukan semangat kental khususnya dalam kalangan peserta belia di sini mengenai inspirasi mereka berhubung pembentuka­n kerajaan sendiri.

“Kita akan menuntut kepada kerajaan Persekutua­n agar tarikh kemerdekaa­n bagi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu masingmasi­ng dinyatakan dengan jelas kerana 31 Ogos 1957 bukanlah hari kemerdekaa­n negara, melainkan Tanah Melayu, manakala Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963,” katanya.

Beliau menegaskan tuntutan yang sama telah diajukan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sejak tiga

“Kita akan menuntut kepada kerajaan Persekutua­n agar tarikh kemerdekaa­n bagi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu masing-masing dinyatakan dengan jelas kerana 31 Ogos 1957 bukanlah hari kemerdekaa­n negara, melainkan Tanah Melayu, manakala Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963.

JALUMIN BAYOGOH Pengelola program peringkat negeri

tahun lalu dan syukur kerana negeri itu telah meraikan kemerdekaa­nnya pada tarikh 22 Julai sejak beberapa tahun lalu.

Dalam amanatnya, Jalumin menyifatka­n program peringatan kemerdekaa­n Sabah itu telah membawa kejayaan besar melalui pelaksanaa­n program Sabah Merdeka Walk sejauh 7km di sini.

Sementara itu, Pengerusi Sabah Merdeka Walk Zon Utara Kensin Tinorusan yang turut menamatkan perjalanan menyatakan terima kasih kepada pihak polis dan juga Majlis Daerah Kota Marudu kerana memberi laluan kepada pelaksanaa­n program berkenaan.

Para peserta pelbagai kontinjen termasuk pasukan sukarela berseragam berarak membawa bendera Sabah dan tiba di astaka pada jam 10.15 pagi.

Perarakan itu turut disertai sekumpulan 15 ahli Pathfinder yang membawa bendera gergasi Sabah diketuai Yuning Kundaram, yang membuat penyerahan rasmi bendera itu di pekan.

Penerimaan rasmi bendera gergasi Sabah itu disempurna­kan oleh Presiden Pertubuhan Mosik Daneal Kiduta yang seterusnya menyerahka­n kepada Jalumin untuk dikibarkan selama 30 minit.

 ??  ?? PATHFINDER membawa bendera gergasi Sabah.
PATHFINDER membawa bendera gergasi Sabah.
 ??  ?? DESTINASI perarakan Sabah Merdeka Walk di padang pekan Kota Marudu.
DESTINASI perarakan Sabah Merdeka Walk di padang pekan Kota Marudu.
 ??  ?? KONVOI bermotosik­al mengiringi Sabah Merdeka Sabah.
KONVOI bermotosik­al mengiringi Sabah Merdeka Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia