Utusan Borneo (Sabah)

Inland Best rai pelanggan di Petronas Urania Night

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Petronas Urania Night meraikan hampir 100 pelanggan terpilih yang telah memberi kepercayaa­n pada produk minyak pelincir keluaran Petronas.

Majlis itu dianjurkan Inland Best Sdn Bhd, syarikat pengedar sah bagi daerah Tawau dan Lahad Datu di salah sebuah restoran di sini, malam Sabtu.

Pengarah Urusan Inland Best Pan Khi Onn berkata, pelanggan diraikan kerana telah menjayakan kempen promosi pembelian produk pada bulan Jun dan Julai 2018.

Katanya, turut diraikan lima syarikat yang mencapai pembelian tertinggi produk dengan memberi penghargaa­n berupa baucer dan cendera kenangan.

Lima syarikat itu ialah Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad, IOI Plantation Services Sdn Bhd, Tamaco Group of Companies, Usahawan Borneo Group of Companies dan Lahad Datu Tyres Sdn Bhd.

“Saya berharap pelanggan yang diraikan ini akan lebih produktif pada masa akan datang dan dapat menyampaik­an maklumat produk dengan lebih lanjut, terutamany­a selepas mendengar ucapan tetamu khas dari Petronas Lubricants Markerting (Malaysia) Sdn Bhd,” katanya.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Gaurav Joshi mengucapka­n penghargaa­n kepada pelanggan kerana telah memilih produk pelincir Petronas seterusnya menggunaka­n teknologi minyak pelincir terbaik syarikat.

Menurutnya, produk yang telah dipasarkan di lebih 90 negara di seluruh dunia telah memberi keyakinan pada Petronas untuk menerokai teknologi minyak pelincir.

Katanya, usaha kajian dan pembanguna­n Petronas dalam menghasilk­an inovasi ada produk akan diteruskan agar kualitinya memberi manfaat kepada penggunaan­nya seterusnya memuaskan pelanggan.

“Memasarkan produk minyak pelincir enjin Petrona s di pasaran dapat memberi jaminan perniagaan jangka panjang kepada peniaga.

“Urusniaga yang kalian ceburi hari ini merupakan tindakan yang baik kerana menjual produk yang bermutu akan sentiasa menjadi pilihan pelanggan,” katanya.

Pada majlis itu juga, taklimat mengenai produk dan potensinya disampaika­n Regional Manager Distributo­r Developer Asia Pacific Petronas Lubricants Internatio­nal Sdn Bhd Premjit Singh.

Cabutan tiket bertuah dan persembaha­n silap mata turut menghiburk­an majlis.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA aksi persembaha­n silap mata.
(Gambar kiri) GAURAV menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenangny­a.
ANTARA aksi persembaha­n silap mata. (Gambar kiri) GAURAV menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenangny­a.
 ??  ?? GAURAV (tiga dari kiri) dan Pan (kanan) bersama wakil lima syarikat yang menerima penghargaa­n sempena majlis itu.
GAURAV (tiga dari kiri) dan Pan (kanan) bersama wakil lima syarikat yang menerima penghargaa­n sempena majlis itu.
 ??  ?? ANTARA pelanggan yang diraikan sempena majlis itu.
ANTARA pelanggan yang diraikan sempena majlis itu.
 ??  ?? PREMJIT ketika menyampaik­an taklimat.
PREMJIT ketika menyampaik­an taklimat.
 ??  ?? GAURAV ketika berucap pada majlis itu.
GAURAV ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia