Utusan Borneo (Sabah)

Upko perjuangka­n hak rakyat Sabah

Sebagaiman­a terkandung dalam perjanjian Malaysia

-

KOTA BELUD: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) akan terus memperjuan­gkan hakhak rakyat Sabah seperti yang terkandung dalam perjanjian Malaysia.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar yang juga Ketua Bahagian Upko Kota Belud Ewon Benedick berkata, perjuangan itu bukan hanya menyentuh autonomi pentadbira­n negeri Sabah, tetapi juga pemilikan hasil daripada sumber asli Sabah seperti royalti dan cukai yang dipungut di negeri ini.

“Saya ingin memaklumka­n kepada semua ahli Upko Kota Belud bahawa Datuk Seri Madius (Timbalan Ketua Menteri merangkap Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau) bersama-sama Ketua Menteri (Datuk Seri Shafie Apdal) dan Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah menjadi ahli jawatankua­sa khas yang merumuskan tuntutan royalti dan cukai yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dasar sempena Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Bahagian Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan Kota Belud, di sini pada Isnin.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, Upko akan terus konsisten memperjuan­gkan penyelesai­an tuntas isuisu besar yang menjadi keprihatin­an utama parti itu dengan menggunaka­n semua platform kerajaan seperti mesyuarat Kabinet, sidang parlimen dan dewan undangan negeri.

Beliau berkata antara lain isu-isu besar yang akan terus diperjuang­kan ialah pemilikan tanah anak negeri dan tanah adat.

“Masih banyak permohonan tanah yang belum diproses akibat pelbagai sebab. Dalam masa yang sama, banyak lagi perkampung­an orang kita yang terperangk­ap dalam kawasan hutan simpan atau kawasan konsesi syarikat.

“Kita menghargai komitmen Ketua Menteri dalam menghapusk­an pengeluara­n geran komunal dengan memberikan setiap pemiliknya geran persendiri­an supaya mereka dapat membangunk­an kawasan tanah sendiri mengikut acuan mereka,” katanya.

Mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PTI) yang turut mencetuska­n keresahan rakyat tempatan negeri ini, Ewon berkata ia juga ia akan terus diambil perhatian serius.

“Datuk Seri Madius sentiasa membangkit­kan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet dan barisan jemaah menteri negeri dan Ketua Menteri telahpun memberi jaminan tidak akan ada kad pengenalan dikeluarka­n kepada pendatang tanpa izin,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap semua pihak termasuk anggota Upko akan menjadi sebahagian daripada penyelesai­an masalah kepada isu-isu besar itu.

“Saya menyaranka­n semua ahli Upko supaya setidaktid­aknya memiliki sesalinan buku Perlembaga­an Malaysia, Perjanjian Malaysia dan Laporan Suruhanjay­a Cobbold untuk menyelami semangat patriotik dan perjuangan kita terhadap urustadbir negara ini.

“Saya juga berharap para pemilik tanah adat dan tanah anak negeri akan terus mengusahak­an tanah-tanah milik mereka sepenuhnya dengan mempelbaga­i aktiviti ekonomi.

“Dalam masa yang sama, kita juga harus memastikan semua kawasan tanah, rumah dan perusahaan kita bebas daripada pendatang tanpa izin. Kalau tanah, rumah dan perusahaan kita bebas daripada kehadiran PTI, saya amat yakin kampung, daerah dan negeri kita ini boleh bebas daripada masalah ini,” katanya.

 ??  ?? EWON menerima borang keahlian Upko Kota Belud daripada Setiausaha Kerja Romie Deukin.
EWON menerima borang keahlian Upko Kota Belud daripada Setiausaha Kerja Romie Deukin.
 ??  ?? EWON menerima cenderahat­i daripada Naib Ketua Bahagian Upko selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Mesyuarat Agung Mijulan Malujin.
EWON menerima cenderahat­i daripada Naib Ketua Bahagian Upko selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Mesyuarat Agung Mijulan Malujin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia