Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan berusaha tingkat kemudahan kesihatan luar bandar

-

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan negeri akan berusaha untuk meningkat kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar di negeri ini.

Katanya kesungguha­n itu terbukti dengan wujudnya satu Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat di bawah kerajaan negeri yang antara lainnya berperanan melihat keperluan serta kemudahan kesihatan di negeri ini dari semasa ke semasa.

“Sudah tentu kementeria­n ini berperanan mempastika­n taraf kesihatan dan kesejahter­aan rakyat diberikan perhatian khususnya usaha untuk meningkatk­an kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Klinik Kesihatan Kuala Tomani.

Menurut beliau kerajaan negeri menyedari kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar terutamany­a kemudahan asas di klinikklin­ik di luar bandar di Sabah masih jauh ketinggala­n berbanding Semenanjun­g.

“Dengan adanya kolaborasi antara kerajaan negeri melalui kementeria­n ini dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia di peringkat Pusat, sudah pasti segala kekurangan dan keperluan dapat ditangani segera,” jelasnya.

Mengulas beberapa kekurangan kemudahan asas di klinik berkenaan yang perlu dinaik taraf, Jamawi berkata beliau mengambil maklum dan tindakan terhadap perkara itu untuk mengemukak­an permohonan peruntukan daripada pihak yang berkenaan.

Pada majlis itu, selain beramah mesra bersama kakitangan dan pelanggan di klinik itu, beliau turut menyerahka­n satu set mesin basuh untuk kegunaan klinik kesihatan berkenaan.

 ??  ?? JAMAWI menyerahka­n satu set mesin basuh untuk kegunaan Klinik Kesihatan Kuala Tomani.
JAMAWI menyerahka­n satu set mesin basuh untuk kegunaan Klinik Kesihatan Kuala Tomani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia