Utusan Borneo (Sabah)

PKR Labuan ziarah warga emas di Kg Kilan

-

LABUAN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan Simsudin Haji Sidek telah mengetuai program kunjung ziarah ke rumah warga emas Banon @Kanik Said, 94, di Kampung Kilan, di sini pada Sabtu.

Beliau diiringi AJK Cabang, calon Ketua Wanita Noriha Yakup, AJK Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Labuan untuk mendengar sendiri permasalah­an yang dihadapi warga emas berkenaan.

Rombongan PKR Cabang Labuan turut menyumbang­kan makanan dan wang untuk keperluan harian yang disampaika­n sendiri oleh Noriha.

Simsudin berkata beliau dimaklumka­n rumah warga emas itu tidak mempunyai tandas, yang hanya menumpang menggunaka­n tandas di rumah jiran sebelah rumah setiap hari sejak bertahun lamanya.

“Kita difahamkan sebelum ini warga emas terbabit ada memohon bantuan untuk memperbaik­i rumah yang sudah usang, sekali gus untuk mendapatka­n tandas tetapi malangnya hanya lubang sahaja dibuatkan tanpa ada saluran terus ke pembetung,” katanya.

Beliau memohon bantuan secepatnya agar pembinaan tandas di dalam rumahnya dapat disegeraka­n.

Tambah Simsudin, warga emas itu sudah tidak mampu untuk berjalan jauh kerana faktor usia yang membataska­n pergerakan­nya, selain kesihatan yang tidak menentu.

“PKR Labuan sedang berusaha untuk memastikan ada pihak yang dapat membantu menyiapkan tandas di dalam rumah supaya tidak lagi membebanka­n warga emas itu,” katanya.

Katanya PKR Cabang Labuan juga bercadang untuk membina tandas rumah warga emas itu secara gotongroyo­ng dalam masa terdekat ini.

 ??  ?? NORIHA (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Banon di Kampung Kilan.
NORIHA (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Banon di Kampung Kilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia