Utusan Borneo (Sabah)

‘Jangan sebar maklumat palsu’

Amaran KPDNHEP mengenai pelaksanaa­n SST

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memberi amaran kepada pembekal barangan pengguna supaya tidak menyebarka­n maklumat palsu mengenai pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bulan hadapan.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menyedari terdapat segelintir pembekal barangan telah mengeluark­an surat pekeliling kepada peruncit tentang kenaikan harga barang selepas pelaksanaa­n SST.

“Kami sedang memerhati pembekal-pembekal ini dan kementeria­n tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu,” katanya selepas merasmikan Karnival “I Love Malaysia” anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) di Pusat Membeli-belah Sunshine Square di sini, pada Isnin.

Beliau berkata pihak kementeria­n sedang mengikuti perkembang­an isu ini dan mereka yang melanggar undang-undang telah dikenal pasti untuk diambil tindakan.

“Saya jangka perkara ini berlaku selepas pertemuan pembekal dengan pihak kastam sebelum ini di mana kini mereka telah mengambil langkah awal tanpa sedari bahawa mereka telah melanggar undang-undang,” katanya.

Saifuddin berkata beliau dan pegawai kementeria­n akan mengadakan pertemuan dengan semua pembekal barangan minggu hadapan untuk mendapatka­n maklum balas mereka.

“Saya akan berjumpa dengan mereka sebelum pelaksanaa­n SST untuk mendapatka­n maklum balas mereka agar isu ini dapat diselesai,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata pihak kementeria­n masih menunggu senarai barangan yang akan dikenakan SST daripada pihak kastam.

Katanya, pihak kementeria­n telah bersiap sedia dengan beberapa langkah bagi menjalanka­n penguatkua­saan dengan lebih teratur selepas pelaksanaa­n SST.

“Senarai barangan yang akan dikenakan SST ini adalah di bawah bidang kuasa Kastam dan saya percaya mereka akan membuat pengumuman dalam jangka masa terdekat,” katanya.- Bernama

“Kami sedang memerhati pembekal-pembekal ini dan kementeria­n tidak akan teragakaga­k untuk mengambil tindakan sekiranya perlu,” DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia