Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca panas dijangka hingga Disember

Kerajaan ambil langkah segera atasi masalah air

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (KPI) melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah air berikutan cuaca panas yang berlaku sekarang.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony (gambar) berkata, maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorolog­i Malaysia menyatakan keadaan cuaca panas dijangka akan berpanjang­an sehingga Disember tahun ini.

“Keadaan ini akan mengakibat­kan kedudukan sungai-sungai di negeri ini terjejas dan juga akan mengakibat­kan semua loji di negeri ini menghadapi kekurangan air,” katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan KPI, Sembulan, di sini pada Isnin.

Sidang media itu turut dihadiri Pengarah JANS Amarjit Singh dan Ketua Unit Hal Ehwal Korporat JANS Uilina Passon.

Sehubungan itu, beliau meminta kepada semua pengguna di Sabah yang dijangka terjejas bekalan air agar membuat persediaan awal untuk penjimatan penggunaan air.

Peter berkata, setakat ini lima daerah dijangka terjejas masalah air iaitu Banggi, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok dan munkin akan disusuli beberapa lagi kawasan,” katanya.

“Kita juga berharap agar mana-mana daerah atau kawasan yang memghadapi masalah air kritikal dalam masa terdekat agar memaklumka­n kepada JANS melalui talian 088-326888 yang dibuka 24 jam.

“Ini adalah langkah segera yang kita akan ambil dalam mengatasi masalah ini,” katanya.

Katanya, antara langkah segera itu termasukla­h penyediaan perkhidmat­an tangki, pengangkut­an dan sebagainya untuk keperuan dalam masa terdekat.

Menjawab soalan lain, Peter berkata, kesemua empangan termasuk Empangan Babagon berlaku penurunan disebabkan cuaca panas.

“Ini adalah amaran awal daripada Jabatan Meteorolog­i dan dengan itu pengguna hendaklah membuat penjimatan air serta persediaan awal untuk membuat penyimpana­n air,” katanya.

“Keadaan ini akan mengakibat­kan kedudukan sungai-sungai di negeri ini terjejas dan juga akan mengakibat­kan semua loji di negeri ini menghadapi kekurangan air.

DATUK PETER ANTHONY Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia