Utusan Borneo (Sabah)

Krist Nicholl, Russel muncul juara acara beregu kejohanan KISDAC SC Badminton Tertutup

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Bekas pemain remaja Sabah Krist Nicholl Kalbin yang berpasanga­n dengan Russell Chin Ming Heng muncul juara acara beregu lelaki kejohanan KISDAC SC Badminton Tertutup di Dewan Badminton Yayasan Sabah pada Ahad.

M Pasangan itu berjaya mengetepik­an cabaran Lewell Mellvin Sikin dan Ricchardy Ramulus pada pertanding­an akhir, sekaligus meletakkan Lewell dan Ricchardy di tempat kedua.

Krist Nicholl dan Russell Chin menang 21-16, 21-19 dalam satu perlawanan yang cukup menarik.

Tempat ketiga dimenangi pasangan Ackley Saimun dan Ryan Alwie Willy.

Bagi acara beregu wanita, pasangan Prsy Asun dan Lorinah Dutin meraih tempat pertama selepas menewaskan pasangan Norah Sandah dan Masnah Bagol manakala tempat ketiga dimenangi Julinah Rosleen dan Ellenlora Saimun.

Pasangan Vin nicker Vincent Yap dan Elwizah Mibot pula muncul juara bagi acara beregu campuran.

Lewell Mellvin Sikin dan Melea Mokitang meraih naib juara manakala tempat ketiga dimenangi Wong Boon Kie dan Hanifah Abdul Rashid.

Acara perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Penyelia Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat, Inanam Mohd Yatim Bacho yang mewakili Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Adun Inanam Kenny Chua.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Ninewjo Newmond berkata kejohanan badminton acara bergu itu antara lain bertujuan mengeratka­n hubungan persahabat­an sesama pemain dan membudayak­an amalan gaya hidup sihat.

Beliau berkata kejohanan sehari anjuran Jabatan Sosial dan Rekreasi Gereja SDA Kitobu Inanam yang julung kali diadakan itu disertai 48 pasangan beregu.

Ninewjo berkata ekoran sambutan yang menggalakk­an, pihaknya bercadang menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan.

JUARA acara beregu lelaki Krist Nicholl (kanan) dan Russel Chin (kiri) bernama pengerusi penganjur Ninewjo (hujung kanan) dan Ketua Pengadil Binayar Upin.

 ??  ??
 ??  ?? PENGERUSI Penganjur Ninewjo Newmond (kanan) sampaikan cenderahat­i kepada Yatim Bacho (kiri), wakil Pembantu Menteri Kewangan merangkap Adun Inanam Kenny Chua.
PENGERUSI Penganjur Ninewjo Newmond (kanan) sampaikan cenderahat­i kepada Yatim Bacho (kiri), wakil Pembantu Menteri Kewangan merangkap Adun Inanam Kenny Chua.
 ??  ?? KUMPULAN peserta yang menyertai kejohanan itu.
KUMPULAN peserta yang menyertai kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia