Utusan Borneo (Sabah)

Pelari Sabah dominasi Larian Mesra Merdeka Labuan 2015

-

LABUAN: Empat peserta dari Sabah mendominas­i Larian Mesra Merdeka Wilayah Persekutua­n Labuan 2015, sekaligus mengunggul­i kesemua kategori terbuka yang dipertandi­ngkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Labuan, barubaru ini.

Juara dan naib juara bagi kategori Lelaki Terbuka dimenangi dua peserta Sabah, Fabian Osmaond Daimon dan Wincenttre­t Latius manakala tempat ketiga diraih peserta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zahar Ismail.

Pelari Sabah terus menguasai kategori Wanita apabila tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Kona Liaw, Chong Wun Lung dan Staphinia Chunk.

Pelari dari Tenom, Yusop Tungkob muncul johan kategori Lelaki Veteran diikuti Guianus Salagan dan tempat ketiga dimenangi peserta dari Miri, Lee Kim Hing.

Manakala bagi kategori Wanita Veteran juara disandang oleh Su Chong Yeong dari Papar, tempat kedua peserta tuan rumah, Ceulia Ang dan tempat ketiga Christina Daramat dari Sabah.

Kesemua mereka yang berjaya menamatkan larian sejauh 7 km itu menerima hadiah wang tunai RM500 untuk juara, RM400 (naib juara) dan RM300 (tempat ketiga).

Turut diadakan pada program itu ialah kategori lelaki dan perempuan bawah 10-12 tahun serta lelaki dan perempuan senior 13-17 tahun yang terbuka kepada pelajar sekolah.

Bagi kategori Lelaki Junior, Muhamin Nayan dari SK Bebuloh muncul johan, kedua murid SK Membedai, Mohd Irhan Roslen dan tempat ketiga murid SK Bukit Kalam,Aizul Hussin.

Dua murid SK Pekan Dua, Dayang Siti Fatmah Majumin dan Sazlinawat­i Robert mengunggul­i kategori Perempuan Junior manakala tempat ketiga Dayang Nursyafiqa­h Awang Azami dari SK Membedai.

Sementara itu, bagi kategori

JUARA

Lelaki Senior tempat pertama dimenangi oleh Azri Asri dari SMK Perumahan Taman Bedaun, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh peserta dari SMK Mutiara, Sharul Nizam Helmi dan Mohamad Elfie Jumaen.

Tiga pelajar SM Sains Labuan, Thien Nyuk Mei, Nur Haziqah Adlina Roziman dan Nur Ammyliza Salim, menguasai tiga tempat teratas kategori Perempuan Senior.

Dengan kejayaan itu, mereka membawa balik wang tunai RM200 (pertama), RM150 (kedua) dan RM100 (ketiga). Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli dan Penaung Persatuan Olahraga Amatur Labuan, Datuk Harris Annuar Tan.

Hadir sama Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Zambri Mohd Isa dan Rithuan Ismail dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Labuan, KK Lee. Larian Mesra Merdeka Wilayah Persekutua­n Labuan 2015 anjuran bersama Perbadanan Labuan dan Persatuan Olahraga Amatur Labuan (POAL) telah disertai lebih 400 peserta dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan juga beberapa pelari dari luar negara, seperti Brunei Darussalam, United Kingdom dan juga Singapura.

 ??  ?? JUARA wanita veteran. NAIB juara lelaki.
JUARA wanita veteran. NAIB juara lelaki.
 ??  ?? kategori wanita.
kategori wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia